ARTIKEL

Ibu, dua anak terperangkap akibat banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Seorang ibu bersama-sama dua anaknya berjaya diselamatkan oleh penduduk rumah panjang setelah terperangkap di dalam rumah akibat banjir kilat di Rumah Emmelia Mawang pada Ahad.

Mangsa Paula Tabau, 33, serta dua anaknya Emenuel Panzlez Kenawang, 11, dan Ery Gibson Manila Kenawang, 10, diselamatkan sebelum pihak bomba tiba ke tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima laporan memaklumkan sebuah rumah panjang mengalami banjir, seterusnya mengerahkan anggotanya ke tempat kejadian.

“Operasi yang diketuai Nicholas Langi, empat anggota Bomba Bantuan dan tiga pegawai bomba bersama sebuah LFRT Artego tiba di tempat kejadian menggunakan Toyota Hilux sejauh 30 kilometer.

“Tiba di tempat kejadian, air mula surut dan tiada operasi pemindahan mangsa di lakukan. Keadaan air pada paras lutut,” katanya.

Ujarnya lagi, mangsa yang terjejas diselamatkan oleh penduduk rumah panjang. “Difahamkan kejadian banjir kilat berpunca daripada sistem perparitan di sepanjang Jalan KJD (laluan pembinaan jalan Pan Borneo) tertimbus oleh tanah yang terhakis.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha