Ibu maut, adik dan bayi cedera parah

SIBU: Seorang ibu maut manakala bayi berusia satu tahun sembilan bulan dan adik mangsa cedera parah selepas dalam nahas jalan raya Jalan Stabau, dekat sini pagi hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Christina Umie Jalin, 24, yang memandu kereta Perodua Kelisa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Adik mangsa berusia dalam lingkungan awal 20-an didapati tidak sedarkan diri manakala anak lelaki mangsa mengalami cedera parah di bahagian belakang kepala.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad ketika dihubungi berkata, hanya pemandu didapati tersepit ketika pihak bomba mengeluarkan ketiga-tiga mangsa.

“Kedua-duanya dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut,” katanya. – Berita lanjut di Suara Sarawak esok.

Suara Sarawak