Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

iC-MAS 2022 platform terbaik berkongsi pengetahuan, kajian semasa 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PERASMIAN… Wan Hashim menyempurnakan simbolik perasmian iC-MAS 2022 di Dewan Mutiara, DeTAR Putra, di sini, hari ini. FOTO: ALIF NONI
PERASMIAN… Wan Hashim menyempurnakan simbolik perasmian iC-MAS 2022 di Dewan Mutiara, DeTAR Putra, di sini, hari ini. FOTO: ALIF NONI

KOTA SAMARAHAN: Persidangan Antarabangsa Mengenai Media dan Masyarakat (iC-MAS 2022) menjadi platform terbaik untuk pakar warisan budaya berkongsi pengetahuan serta kajian semasa.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor. Dr. Wan Hashim Wan Ibrahim berkata, usaha untuk mengekalkan warisan budaya amat penting kepada mana-mana komuniti di seluruh dunia kerana ia dapat menggalakkan akses dan menikmati kepelbagaian budaya.

BERUCAP… Wan Hashim berucap pada perasmian iC-MAS 2022 di Dewan Mutiara, DeTAR Putra, di sini, hari ini.

“Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) juga telah mengiktiraf warisan budaya yang dapat meningkatkan modal sosial serta mewujudkan semangat kekitaan individu dan kolektif, akan membantu mengekalkan perpaduan sosial termasuk wilayah.

“Oleh itu, proses penyampaian warisan budaya penting dan harus menjadi usaha berterusan oleh pihak berkepentingan yang berkaitan dengan menggunakan pelbagai saluran dan platform untuk menyebarkan pengetahuan,” katanya.

RAKAMAN KENANGAN… duduk dari kiri Dayang Aizza, Ambigapathy, Wan Hashim dan May Chiun merakam gambar kenangan bersama-sama dengan tetamu serta para peserta yang lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap sekali  gus mewakili Naib Canselor Unimas Profesor Naib Canselor Unimas Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi sempena perasmian iC-MAS 2022 di Dewan Mutiara, DeTAR Putra, di sini, hari ini.

Baca lain  Beri laluan pelantikan wakil dalam LHDN dari Sarawak

Objektif penganjuran persidangan tersebut adalah untuk membincangkan perubahan landskap dalam warisan budaya di peringkat tempatan dan antarabangsa serta menyediakan platform untuk membahaskan pelbagai isu semasa berkaitan warisan budaya.

Selain itu, objektif yang lain adalah menggalakkan perkongsian penemuan penyelidikan saintifik dalam kalangan sarjana media dan komunikasi di peringkat tempatan dan antarabangsa; serta meningkatkan rangkaian dalam kalangan sarjana media dan komunikasi, pengamal serta pemain industri.

 

 

 

 

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru