ARTIKEL

Abdul Wahab Aziz

Idea bernas bangunkan luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Ideologi politik pembangunan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud disifatkan sebagai pendekatan terbaik dalam pembangunan Sarawak.

Ia diakui Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang juga mantan ADUN Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz.

Menurutnya, kebijaksanaan Allahyarham banyak membantu membangunkan luar bandar dengan pelbagai idea bernas.

“Polisi terbaik Tun Taib adalah konsep politik pembangunan yang pembangunan luar bandar dalam semua aspek diberi keutamaan,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam. Wahab turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang tegas dalam politik dan prinsip parti.

“Dari segi politik, Tun Taib sangat tegas dalam urusan kerajaan dan prinsip parti.

“Saya masih ingat semasa krisis Ming Court 1987, Tun Taib tidak tunduk kepada tekanan Tun Abdul Rahman Ya’kub (Pertubuhan Rakyat Malaysia Sarawak atau PERMAS) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).

“Apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan, Barisan Nasional (BN) menang dan Tun Taib kekal sebagai Ketua Menteri,” ujar Beliau katanya, kalah pada Pilihan Raya Negeri 1987.

“Saya kalah 77 undi saja kepada Datuk Abang Yusuf Puteh (PERMAS)

. “Namun pada PRN berikutnya iaitu 1991, saya sekali lagi menggunakan tiket BN menang di DUN Kalaka dengan majoriti lebih 6,000 undi,” tambahnya.

Sebahagian besar karier politik Wahab sebagai wakil rakyat berada di bawah era Tun Taib.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti