PERTIMBANGKAN BENTUK MEJA
Apabila memilih hiasan meja makan, langkah pertama ialah memikirkan bentuk meja anda – meja panjang atau segi empat tepat memerlukan pendekatan yang berbeza dengan meja segi empat sama atau meja bulat.
Bentuk meja bergantung dengan bentuk bilik.
Meja segi empat tepat atau panjang baik untuk bilik segi empat tepat dan anda boleh menambah daun atau memanjangkannya apabila perlu.
JADIKAN MEJA ANDA ISTIMEWA
Susunan meja harian juga boleh dihidupkan dengan memasukkan bunga dan dedaunan, sama ada di tengah-tengah atau diletakkan di sekeliling bilik di rak di ambang tingkap.
Untuk tatapan harian, masukkan orkid besar, sekumpulan pasu atau beberapa objek koleksi peribadi.
HIASAN PASU
Mencahayakan ruang makan dengan candelier dramatik bukan satu-satunya cara, anda boleh memasukkan perhiasan yang sedikit berukir.
Tambahkan perhiasan berunsurkan pasu dan hiasan tengah untuk ruang makan.
ALAS MEJA ATAU TIADA ALAS MEJA
Alas meja mencipta kontras warna dengan warna merah jadi pelengkap kepada dinding hijau yang dapat mendahului hiasan lain di atas meja.
Hiasan masih berperanan, tetapi alas dapat mewujudkan mood yang disengajakan.
SUNTIKAN WARNA UNTUK RUANG NEUTRAL
Hiasan meja berupaya merombak sepenuhnya idea warna ruang makan anda.
Berikan rupa baharu pada ruang terutama jika ia mempunyai latar belakang neutral.
Satu lagi cara terbaik menyuntik “kehidupan” ke ruang makan adalah dengan memasukkan tuala berwarna sebagai sebahagian daripada landskap meja anda.