ARTIKEL

Fatimah (dua kanan) merakam kenangan selepas menerima kunjungan hormat wakil Alliance Islamic Bank di sini, hari ini.

Identiti ibu kandung letak bayi dalam ‘baby hatch’ dijamin rahsia, tiada tindakan undang-undang – Fatimah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Identiti ibu kandung yang meletakkan bayi di dalam peti pelindungan bayi atau ‘baby hatch’ dijamin dirahsiakan serta tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata tindakan meletakkan bayi di peti pelindungan tersebut adalah bagi menjamin keselamatan bayi berbanding jika bayi dibuang di tempat yang tidak sepatutnya.

“Tujuan fasiliti ini diwujudkan adalah bagi memastikan keselamatan serta sebagai sistem sokongan komuniti untuk mencegah masalah pembuangan bayi di tempat yang tidak sepatutnya, seperti tepi jalan, tong sampah dan sebagainya.

“Justeru, saya memberi jaminan bahawa identiti mereka yang meletakkan bayi di peti ini adalah dirahsiakan.

“Malah mereka tidak akan ditangkap atau didakwa polis kerana pusat ini dilihat sebagai lokasi selamat serta tidak membahayakan bayi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Alliance Islamic Bank di sini, hari ini.

Sementara itu, mengenai tindakannya mengesan ibu kandung yang meletakkan bayi di peti pelindungan bayi di Borneo Medical Centre (BMC) Kuching pada 24 Mac lalu, jelasnya ia adalah bagi memudahkan proses permohonan kewarganegaraan.

Baca lain  Malaysia perlu wujudkan Data Buku Negara

“Ia merupakan inisiatif sendiri dan saya mengambil risiko cuba mengesan ibu tersebut bagi membantu mendapatkan kewarganegaraan bayi tersebut kerana kita mahukan yang terbaik untuknya.

“Dan saya tidak sangka ibu kandung bayi berkenaan menghubungi saya kerana dia mahukan anaknya mempunyai warga negara.

“Ia juga membuktikan, sekiranya ibu tersebut didakwa, dia tidak akan berani tampil ke hadapan,” jelasnya.

Tambahnya, pengesanan ibu kandung kepada bayi yang diletakkan di peti pelindungan juga merupakan prosedur operasi standard (SOP) pihaknya.

“SOP utama adalah mengambil bayi tersebut selepas 60 saat ia diletakkan ke dalam peti tersebut, seterusnya memeriksa keadaan sihat dan selamat sebelum membuat laporan polis.

“Penemuan tersebut seterusnya dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kemudian dihantar ke hospital bagi pemantauan.

“Dalam masa yang sama, pegawai pelindung JKM akan mendapatkan perintah mahkamah sebagai penjaga sementara kepada bayi itu.

“Sebagai penjaga, pihak kita perlu mendaftarkan kewarganegaraan bayi tersebut di bawah Perkara 15 (A).

“Perkara ini menjadi rumit sekiranya kita tiada langsung maklumat mengenai ibu kandung bayi tersebut, dan ia boleh jadi bertahun-tahun untuk mendapatkan kelulusan permohonan,” jelasnya.

Baca lain  Bakal cuit hati pendengar

Ujarnya, apabila bayi tersebut kelak mempunyai sijil kewarganegaraan, ia akan memudahkan prosesnya diambil sebagai anak angkat serta tidak membebankan keluarga baharu.

Pada minggu lalu, Fatimah mengeluarkan kenyataan hendak mengesan ibu kepada bayi perempuan yang diletakkan di dalam peti pelindungan bayi BMC bagi memudahkan permohonan status kewarganegaraannya.

Tegasnya, ibu kandung berkenaan tidak perlu bimbang sekiranya tampil ke hadapan kerana perbuatan meletakkan bayi di pusat pelindungan bayi bukanlah satu kesalahan.

Jelasnya, PDRM juga memberi jaminan sekiranya laporan pihak hospital mendapati tiada unsur penderaan terhadap bayi dan bayi diletakkan di tempat selamat seperti itu, ibunya tidak akan didakwa.

BERITA LAIN

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang