ARTIKEL

Identiti mayat ditemui di dalam longkang di Betong dikenal pasti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BETONG: Mayat lelaki tanpa identiti yang ditemukan di dalam longkang berhampiran Bandar Baharu Betong dekat Jalan Setia Raja pada Isnin lalu disahkan sebagai orang Sri Aman.

Ketua Polis Daerah Betong DSP Zamry Alli berkata, mayat bahkan telah dituntut oleh bapa kandungnya.

“Lelaki berkenaan berbangsa Iban berasal dari Sri Aman. Namun difahamkan telah memeluk agama Islam.

“Selepas proses pengecaman tempoh hari, si bapa telah menuntut mayat tersebut,” katanya kepada media, hari ini.

Jelasnya, polis kekal mengklasifikasikan kes sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) dengan tiada sebarang unsur jenayah.

Pada Isnin lalu, orang awam digemparkan dengan penemuan mayat tidak berbaju di dalam longkang di Betong.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU