PENYANYI Indonesia, Ifan Seventeen menyifatkan kesempatan beraksi di Malaysia peluang yang tidak boleh dilepaskan.
Konsert Memori Terindah 2023 akan menampilkan Irfan tanpa anggota asal Seventeen iaitu Allahyarham Bani, Herman, Andi yang meninggal dunia dalam tragedi tsunami pada 22 Disember 2018 silam.
“Konsert Memori Terindah 2023 akan menjadi momen signifikan buat saya secara peribadi dan mantan anggota Seventeen lainnya kerana ia membuktikan meski tanpa kehadiran sosok Allahyarham Bani, Herman, Andi, muzik kami masih tetap dicintai rakyat Malaysia.
“Alangkah indah jika kesemua sahabat saya yang sudah ‘berpulang’ dan dicintai dapat menyaksikan Konsert Memori Terindah 2023 ini,” ujar Ifan memetik media tempatan.