KEHADIRAN Ramadan disambut sedikit berbeza bagi anggota Seventeen, Ifan apabila terpaksa menjalankan ibadah puasa di hospital.
Suami kepada Citra Monica itu dimasukkan ke wad hospital untuk melakukan pembedahan membuang ketumbuhan di kepala.
Perkara itu dimaklumkan Ifan menerusi hantaran di Instagramnya pada 24 Mac lalu sambil memuat naik gambarnya ketika berada di hospital.
“Bismillah pada bulan puasa, hari Jumaat pula, Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk lebih sihat,” tulis Ifan Seventeen.