ARTIKEL

Pemain Selangor FC, Chrigor Flores Moraes meraikan kejayaan selepas menjaring gol kedua bagi pasukannya semasa bertemu dengan Imigresen FCdalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri Pulau Pinang di sini hari ini. Selangor FC mengalahkan Imigresen FC 3-1. | Bernama

IFC terus dirundung malang, tunduk 1-3 kepada Selangor FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Episod malang Imigresen FC (IFC) berterusan apabila mereka tewas 1-3 kepada Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri Baru Kawan, George Town, hari ini.

Skuad Gergasi Merah tampil garang sejak sepak mula dengan beberapa percubaan berbahaya ke arah gawang tuan rumah, namun kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan pada babak pertama..

Bersambung babak kedua, anak buah Katsuhito Kinoshita tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan apabila pemain import dari Belanda, Alvin Fortes meledak gol pembukaan menerusi rembatan kencang pada minit ke-56.

Gol berkenaan berpunca daripada gerakan lincah kapten Faisal Halim yang melakukan hantaran lintang tepat kepada Fortes sebelum pemain itu mudah menewaskan penjaga gol IFC Muhammad Farhan Abdul Majid.

Tersentak dengan jaringan tersebut, IFC mula menggandakan asakan dan usaha mereka membuahkan hasil apabila penyerang import Eduardo Sossa menyamakan kedudukan pada minit ke-66.

Namun kegembiraan skuad kendalian Yusri Che Lah itu tidak bertahan lama apabila seminit kemudian, penyerang Selangor FC, Crigor Flores Moraes menjaringkan gol kedua untuk kembali meletakkan pasukan di hadapan.

Faisal Halim kemudian melengkapkan hari gemilang Selangor FC dengan jaringan ketiga pada minit ke-71.

Keputusan itu menyaksikan IFC gagal memburu kemenangan sulung dalam kempen kali ini selepas enam perlawanan dan kini tercorot dalam tangga liga dengan dua mata, manakala Selangor berada di kedudukan kelima dengan sembilan mata. — Bernama

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU