ARTIKEL

IFJ akan bawa jenayah Israel ke ICC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

AL-BIREH (Palestin), 24 Nov (Bernama-WAFA) Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) akan mengadakan mesyuarat pada Selasa dan Rabu depan bagi membincangkan untuk mengemukakan aduan berkaitan jenayah Israel terhadap wartawan Palestin kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Setiausaha Agungnya Anthony Bellanger pada Khamis berkata jumlah wartawan yang terbunuh sejak permulaan pencerobohan di Semenanjung Gaza pada 7 Okt adalah sangat tinggi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Tentera Israel telah membunuh lebih ramai wartawan dalam tempoh enam minggu lalu berbanding 20 tahun lepas,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Palestinian Journalists Syndicate (PJS) di Al-Bireh.

Bellanger berkata beliau sentiasa teguh berdiri bersama- sama dengan rakyat Palestin dan mengecam tindakan yang dikenakan terhadap wartawan Palestin.

Beliau mewakili 600,000 wartawan di seluruh dunia, menyeru kerajaan di seluruh dunia untuk mematuhi resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan perlindungan wartawan, menuntut akauntabiliti penjenayah dan memastikan pelakunya dihukum demi menjamin keselamatan, perlindungan dan kebebasan wartawan.

LAIN-LAIN BERITA

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji

BISHKEK, Kyrgyzstan: Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin. Tragedi berlaku pada 1 petang waktu

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan