ARTIKEL

Igor Myalin cemerlang, kejutkan pasukan Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Penerjun kebangsaan dikejutkan dengan persembahan cemerlang atlet Uzbekistan Igor Myalin yang meraih emas acara 10 meter (m) platform lelaki pada Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2023 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, di sini semalam.
Myalin mengumpul 428.55 mata menewaskan wakil pasukan kebangsaan Jellson Jabillin yang menyumbang perak dengan 406.00 mata dan penerjun pilihan Bertrand Rhodict Lises yang terpaksa berpuas hati dengan gangsa (366.35 mata), pada hari terakhir kejohanan Isnin.

Bagi Bertrand, keputusan itu merupakan pengajaran berharga buatnya, terutama dalam menguruskan keterujaan ketika pertandingan.

“Saya melakukan kesilapan pada terjunan kedua dan kelima yang menyebabkan kehilangan banyak mata tetapi persembahan saya secara keseluruhannya baik.

“Jurulatih turut memberitahu saya tidak boleh terlalu teruja ketika pertandingan. Ia satu pengajaran bagi saya..” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pingat.

Atlet berusia 18 tahun dari Sarawak yang muncul penerjun negara pertama layak ke Sukan Olimpik Paris tahun depan berkata beliau akan mengalihkan fokus kepada meningkatkan tahap kesukaran dalam kem latihan di China, bulan depan.

Sementara itu Jellson gembira dapat mengakhiri kempen dengan meraih perak meskipun berasa kurang sihat sepanjang kejohanan.

Terdahulu, gandingan pasukan kebangsaan Hanis Nazirul Jayasurya-Wendy Ng Yan Yee menguasai acara 3 meter papan anjal seirama dengan mata keseluruhan 262.80 untuk merangkul emas.
Soh Tze Kang-Dayang Nursharyza Awang Nasaruddin menyumbang perak untuk Sarawak selepas mengumpul 213.06 manakala wakil Kuala Lumpur Choo Jin Wei-Ameera Irdina Mazwan di tempat ketiga dengan 183.60 mata.

Pasukan kebangsaan muncul juara kejohanan tiga hari itu dengan pungutan lima emas, tiga perak dan tiga gangsa, diikuti Sarawak sebagai naib johan dengan dua emas dua perak, manakala Uzbekistan di tempat ketiga dengan dua emas, satu perak dan satu gangsa.
— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Senarai muktamad pemain diketahui bulan Mei

KUCHING: Senarai muktamad pemain skuad sepak takraw lelaki yang akan mewakili Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 akan diketahui penghujung bulan Mei nanti.

Hannah harap Tze Yong sempat sembuh

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan

BERITA TERBARU

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun