Trending

Ikan cencaru bernilai komersial di Asia Pasifik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

IKAN cencaru atau torpedo scad suka tinggal berkelompok di kawasan pantai Indo-Pasifik Barat, dari Afrika Timur sehingga Jepun dan Australia.

Ikan yang tergolong dalam spesies ikan karnivor ini hidup di kawasan sedalam 20 hingga 100 meter di perairan lautan dalam dan luar pesisir.

Nama saintifiknya cencaru ialah Megalaspis cordyla, mudah dikenal pasti kerana badannya berbentuk torpedo dan satu siri sirip tertanggal pada bahagian belakang kedua-dua sirip punggung dan buntut.

Ikan ini berwarna kelabu kebiru-biruan hingga hijau pada bahagian punggungnya.

Manakala bahagian bawah badannya berwarna perak dan bahagian siripnya berwarna gelap.

Ikan cencaru boleh mencecah sehingga 80 sentimeter panjang dan beratnya sehingga empat kilogram.

Ia spesies pemangsa, memakan pelbagai jenis ikan termasuk cephalopod dan krustasea.

Musim mengawannya Mac hingga Julai dan telurnya pelagik dan berbentuk sfera serta lut sinar.

Ikan ini mempunyai nilai komersial khususnya di Asia Pasifik.

Spesies ini diperoleh menggunakan pelbagai kaedah jaring seperti pukat pantai, pukat tunda dan pelbagai jenis perangkap termasuk cangkuk dan tali.

Cencaru biasanya dijual segar, kering atau dimasin.

Cara memasaknya digoreng, dikukus atau dipanggang.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Malam Kesenian Islam

Malam Kesenian Islam pada tahun ini membuka tirainya dengan acara

IPG BERSELAWAT

INSTITUT Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) mengadakan Program Majlis

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru