Ikan seiras dinosaur  yang bermata besar

OSCAR Lundahl hampir-hampir melompat dari botnya gara-gara terkejut melihat ikan yang baru ditangkapnya.

Ikan itu menyerupai wajah dinosaur dan mempunyai mata yang teramat besar.

Setelah diamati, rupa-rupanya ia merupakan ratfish yang tinggal di laut dalam dan mempunyai kaitan dengan jerung.

Ikan itu, bagaimanpun tidak berbahaya kepada manusia dan diberikan nama ratfish kerana ekornya yang panjang menyerupai ekor tikus.

Matanya yang besar itu membantunya bergerak dalam gelap dan apabila malam, matanya bersinar seperti mata kucing.

Suara Sarawak