ARTIKEL

Ikhlas berkorban

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SUASANA di pekarangan surau selepas sunat Aidiladha gamat dengan kehadiran penduduk kampung.

Masing-masing sudah bersedia dengan pakaian biasa untuk membantu melaksanakan proses ibadah korban.

Biasanya, selepas solat sunat raya, balik ke rumah untuk bermaaf-maafan dan makan bersama-sama keluarga, si lelaki akan pergi semula ke surau.

Ada yang membawa tali, parang ataupun pisau kecil untuk membantu melapah lembu korban.

Paling kurang seekor lembu akan dikorbankan.

Jumlah lembu bergantung kepada sumbangan daripada wakil rakyat ataupun mana-mana penduduk yang berniat untuk melaksanakan ibadah korban atas nama sendiri ataupun ahli keluarga.

“Jaga-jaga, kitak ditendang lembu ya kelak,” tegur seorang ahli jawatankuasa surau kepada seorang remaja yang bersemangat untuk membantu menumbangkan lembu yang hendak dikorbankan.

Di tangannya ada tali untuk mengikat kaki lembu itu.

Biasanya, setiap kali ibadah korban dilaksanakan, ramai yang menunjukkan “kepandaian” masing-masing.

Ada yang benarbenar pandai, dan ada juga yang memandai-mandai.

Suaranya tinggi ke langit dengan macam-macam idea, tetapi aksi fizikalnya langsung tiada.

Di pinggangnya ada sebilah parang untuk menetak-netak daging, tetapi kemas dan bersih tersarung di dalam sarung parang. Ini bukan tidak pernah berlaku.

Sering dilihat setiap tahun ketika hendak menumbangkan lembu korban. Ini sebenarnya rencah ibadah korban.

Ada yang benar-benar ikhlas hendak membantu.

Tidak diberikan daging langsung tidak menjadi masalah.

Tidak akan berkecil hati pun.

“Sik hal pak haji.

Sedekah jak dengan orang kampung yang lebih memerlukan,” jelasnya ketika hendah diberikan sebungkus daging korban.

Terang pak haji tadi, “Tok bahagian kitak yang nolong hari tok”.

Jawabnya lagi, “Terima kasih banyak-banyak pak haji.

Kamek ambik dan berikan dengan mak cik dekat jalan hujung kampung kita boleh?”

Ini jenis orang yang benar-benar ikhlas membantu.

Namun, ada yang membantu semata-mata mengharapkan sebungkus atau dua bungkus daging korban untuk dibawa pulang.

Tidak diberi, mukanya masam.

Tahun depan mungkin tidak akan muncul lagi untuk membantu.

Sedangkan tidak diketahui yang daging sudah habis diagih-agihkan kepada penduduk yang lebih perlukan daging itu.

“Sik hal pak haji, bungkusan daging kamek tok berik jak dengannya.

Kamek sik hal pak haji… Sik bagus juak mun dah nak bermasam muka,” seorang ahli jawatankuasa ibadah korban memberikan cadangan.

Atas alasan ini, ramai sebenarnya petugas ibadah korban tidak membawa daging pulang ke rumah. Jika ada pun, mungkin beberapa ketul tulang lembu untuk dimasak sup.

Bersyukur jika si isteri faham dengan penjelasan si suami.

“Sik apa, kelak kita beli di pasar.

Kita nolong bukan nak dapatkan daging tetapi ikhlas membantu.”

Situasi ini turut dibincangkan dalam rancangan khas sempena Aidiladha di televisyen petang Khamis lepas.

Banyak persoalan tentang ibadah korban dikemukakan kepada ustaz jemputan.

Apa-apa pun kata ustaz itu, “Ibadah korban menuntut keikhlasan.

Tidak kira kita sebagai penyumbang lembu atau pelaksana proses ibadah korban, kita semua mesti ikhlas.

Bukan menuntut agihan daging korban tetapi melaksanakannya sebagai ibadah kepada Allah.”

Setahun awal

Seorang rakan mencadangkan untuk melaksanakan ibadah korban.

Cadangan ini dikemukakan setahun yang lalu, iaitu ketika ziarah Aidilfitri.

Rakan tadi mencadangkan kepada rakan bekas sekolah mengumpul RM100 seorang setiap bulan selama setahun.

Dipersetujui rakan yang mencadangkan idea tadi dilantik sebagai pengumpul wang ibadah korban.

Tiga orang sudah setuju, cuma mancari empat lagi rakan untuk berkongsi seekor lembu (tujuh bahagian).

Seorang lagi rakan mencadangkan ibadah korban perlu dibuat di masjid atau surau, di sekolah dan di kampung ramai mualaf.

Sebulan, dua bulan dan kemudian tiga bulan, tiada yang hendak menyertai ibadah ini.

Yang tinggal hanya dua orang, yang akhirnya dibatalkan.

Diharapkan usaha ini akan terlaksana tahun akan datang.

Idea ini boleh dilaksanakan oleh banyak pihak sebenarnya.

Tidak lagi perlu bergantung kepada sumbangan lembu daripada pemimpin setempat.

Malah ada surau atau masjid berjaya melaksanakan usaha ini.

Pertama, mereka kumpul kariah masjid dan surau yang berhajat untuk melaksanakan ibadah korban.

Seorang kariah hanya perlu membayar satu bahagian daripada tujuh bahagian lembu.

Jika mampu boleh membeli lebih daripada satu bahagian.

“Dengan adanya tujuh peserta, kita sudah dapat membeli seekor lembu korban.

Kita kumpul duit setiap bulan.

Misalnya RM150 sebulan, bermakna setahun kita sudah ada RM12,600 untuk membeli seekor lembu dan kos pelaksanaan ibadah korban,” jelas seorang imam.

Melalui usaha ini, ramai yang menjadi peserta.

Sekurangkurangnya akan ada seekor lembu untuk dikorbankan.

Jadi, masjid atau surau akan ada aktiviti ibadah korban setiap tahun.

Ada juga keluarga yang telah melaksanakan kaedah ini.

Dikumpul ahli keluarga yang mahu menjadi peserta.

Seorang ahli keluarga dilantik sebagai pengumpul wang.

Dia akan menuntut sejumlah wang yang dipersetujui setiap bulan.

Cukup wang yang dikumpul, peserta keluarga tadi sepakat membeli lembu dengan harga ditetapkan.

Tiba Aidiladha, masing-masing akan mengambil cuti untuk melaksanakan ibadah korban di halaman rumah saudara (peserta) yang dipersetujui bersama.

Pertama, ibadah korban ini dapat dilaksanakan.

Kedua merapatkan hubungan ahli keluarga.

Ketiga keluarga tadi dapat pula mengagih-agihkan daging lembu korban tadi kepada mereka yang memerlukan (sedekah).

Apa-apa pun, ibadah korban menuntut keikhlasan yang tinggi.

Ia bukan ibadah biasa-biasa.

Ia menunjukkan kecintaan manusia kepada Allah.

Tidak kira kita yang menjadi penyumbang atau pelaksana ibadah korban, masing-masing hendaklah ikhlas.

Jangan hadir dengan mengharapkan daging.

Jika ada, Alhamdulillah.

Jika tiada, itu mungkin rezeki orang lain.

Yang penting, inti pati ibadah korban itu harus difahami dan dihayati.

Bukannya sekadar mengorbankan seekor lembu!

Banyak yang tersirat di sebalik ibadah ini.

Selamat Hari Raya Korban. 

BERITA LAIN

Makna Hari Sarawak

PENGISYTIHARAN 22 Julai yang diraikan sebagai Hari Sarawak telah mencetuskan pelbagai tafsiran, malah kontroversi. Namun dengan mengetepikan pelbagai tafsiran dan kontroversi itu, kita perlu mengakui hakikat bahawa

Skrin berwarna biru

LAYAR komputer yang menggunakan sistem Windows di banyak negara, tiba-tiba down sehingga tampil “berwarna biru” atau mengalami Blue Screen of Death (BSOD). Hal ini menyebabkan

Terima kasih sahabat sejati

ARSENAL, Manchester United dan Liverpool antara kelab bola sepak yang digemari penulis dan rakan sekerja lain. Walaupun berbeza minat, namun kami tetap meneruskan kehidupan sebagai

Cemburu dan cinta

KEMATIAN Nur Farah Kartini Abdulllah, 25 tahun, yang baru menamatkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris — digambarkan oleh pensyarahnya sebagai bakal guru hebat yang

Yamal, Euro dan England

LAMINE Yamal baru berusia 16 tahun ketika sepak mula Kejohanan Bola Sepak Euro 2024 di Jerman pada 14 Jun lalu dan umurnya menginjak 17 tahun

Hardi, Sakri dan 10 tahun tragedi MH17

HARI ini, genap 10 tahun peristiwa tragis pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 ditembak jatuh peluru berpandu BUK di timur Ukraine. Peristiwa malang itu, dipercayai berlaku

BERITA TERBARU

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.