Trending

Iktiraf bak kut teh sebagai makanan warisan kebangsaan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menyatakan sokongan untuk bak kut teh diiktiraf sebagai makanan warisan kebangsaan.

Menterinya, Datuk Sri Tiong King Sing berkata, ia perlu dilihat dari segi isi kandungannya dan cara ia disediakan, bukan daripada aspek kaum dan agama untuk mewujudkan rasa takut terhadap hidangan itu.

Menurutnya, pihaknya memandang serius isu tersebut dan akan terus berusaha untuk memasukkan bak kut teh sebagai makanan warisan kebangsaan.

“Saya harap isu ini tidak lagi dipolitikkan. Sensitiviti agama dan kaum bukan alat untuk dipolitikkan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan kaum, katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat pada 7 Jun lalu, tidak berniat untuk menyinggung perasaan pembuat dan pencinta makanan tersebut sebaliknya hanya memberi pendapatnya bagaimana hidangan itu boleh diubah supaya ia boleh meluaskan jualan pasarannya.

“Tiada fakta sahih menyatakan bak kut teh berasal dari kawasan Klang kerana ia menjadi makanan istimewa yang digemari di serata dunia.

“Walaupun daging babi merupakan bahan utama dalam pembuatan bak kut teh namun dengan kemajuan teknologi dan perkembangan populasi, makanan ini versi halal berasaskan daging ayam dan makanan laut diperkenalkan.

“Ia tidak dapat dipisahkan dengan bahan asasnya iaitu sup herba yang mahal harganya. Namun, bahan asas itu boleh diganti dengan bahan lain.

“Sebagai contoh mi Hokkien yang mengandungi minyak lemak babi boleh ditukar kepada minyak lemak ayam supaya lebih ramai orang dapat menikmatinya,” ujar Ahli Parlimen Bintulu itu lagi.

Pada sesi Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah menggesa kerajaan mempertimbangkan untuk menjadikan bak kut teh sebagai makanan warisan negara selepas menonton dokumentari di Channel News Asia yang mendakwa hidangan itu mungkin berasal dari Singapura.

Sementara itu, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Suhaimi Mohd Abdullah bertanya sama ada kerajaan bercadang memasukkan hidangan itu dalam senarai barangan makanan warisan Malaysia.

Sehubungan itu, Khairul berkata, sebarang hidangan yang akan disenaraikan sebagai makanan warisan Malaysia mesti boleh dimakan oleh semua kumpulan etnik di negara ini dengan menyatakan bahawa hidangan itu boleh diiktiraf jika ia dalam bentuk daging ayam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru