HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Iktiraf Hari Gawai Dayak dan Pesta Kaamatan sebagai cuti umum di seluruh negara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Pengasas DTTAS Wellie Henry Majang
Pengasas DTTAS Wellie Henry Majang

KUCHING: Cuti perayaan Hari Gawai Dayak yang disambut pada 1 Jun di Sarawak dan Pesta Kaamatan pada 31 Mei di Sabah perlu diiktiraf sebagai cuti umum, kata Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS).

Menurutnya, ia seiring dengan konsep Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dapat memberi gambaran layanan yang lebih baik Kerajaan Persekutuan terhadap wilayah Sabah dan Sarawak.

“Hari Kaamatan diraikan pada 30 dan 31 Mei, manakala Gawai Dayak diraikan pada 1 dan 2 Jun. Oleh itu, kita mencadangkan cuti umum di seluruh negara bagi kedua-dua sambutan tersebut pada 31 Mei dan 1 Jun.

“Bagi cuti tambahan 30 Mei (Pesta Kaamatan) dan 2 Jun (Hari Gawai Dayak) tetap diguna pakai oleh Sabah dan Sarawak. Jika dipersetujui, ia harus diwartakan untuk cuti umum bagi seluruh negara mulai tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, langkah ini juga dapat memberi pendedahan kepada orang ramai berhubung pemahaman budaya dan tradisi kepada kepada rakan dan taulan tentang keunikan masyarakat majmuk di Malaysia.

Pada masa sama, memberi peluang kepada masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan Dayak yang bekerja dan tinggal di merata tempat di seluruh Malaysia dapat meraikan perayaan di kediaman masing-masing terutama bagi mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman.

“Penyediaan kalendar kebangsaan, perancangan jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan kerap tidak mengambil kira perayaan, kewujudan atau keperluan kakitangan kerajaan yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

“Justeru, cadangan mengisytiharkan perayaan tersebut sebagai cuti umum di seluruh Malaysia dapat meningkatkan kesedaran mengenai perayaan suku kaum di Sarawak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru