ARTIKEL

Foto hiasan: stock.adobe

Ikuti Google Maps, pelancong dakwa menyasar ke sungai penuh buaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SYDNEY: Mendakwa mengikut arahan Google Maps, dua pelancong Jerman, Philipp Maier dan Marcel Schoene mengaku mereka tersesat di hutan belantara Australia.

Menurut 9News, kedua-duanya mengembara dari Cairns ke Bamaga dan berakhir di lokasi terpencil, ke taman negara yang sudah tutup kepada orang ramai.

Kereta mereka akhirnya tersangkut dalam lumpur selepas memandu sejauh 37 batu di trek lengang.

Tanpa liputan selular dan bekalan yang terhad, mereka meninggalkan kenderaan dan berjalan kaki lebih seminggu untuk sampai di destinasi selamat di pekan kecil Coen.

Mereka turut berdepan cuaca teruk; ribut petir dan panas melampau, malah berakhir di sungai berbuaya.

Maier mengaku, terdapat seekor buaya di sungai terakhir yang diseberangi mereka.

Wakil Google menyatakan syarikat itu lega kerana pelancong Jerman itu akhirnya selamat dan berkata siasatan dijalankan berkaitan insiden terbabit.

BERITA LAIN

Langit Dubai berwarna hijauselepas banjir besar

Beberapa kawasan di Dubai, UEA menyaksikan langitnya berubah warna hijau. Mengutip Express.co.uk, sebahagian penduduk di beberapa kawasan terpesona menyaksikan pemandangan langit berwarna hijau yang menakjubkan.

BERITA TERBARU

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi