ARTIKEL

Dr Rundi (dua kiri) memotong riben simbolik merasmikan Pesta Sebauh dan Perarakan JKKK di padang bola sepak BDA di Sebauh pada hari ini.

Imej Pekan Sebauh perlu diubah dengan pelaksanaan pelbagai pembangunan infrastruktur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBAUH: Pelbagai pembanganun perlu dirancang dan dilaksanakan bagi mengubah imej Pekan Sebauh yang telah diangkat menjadi daerah penuh sejak 1 Ogos 2015.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, berkata sebagai sebuah daerah penuh, Sebauh perlu dilengkapi dengan infrastruktur dan prasarana awam sekali gus mengurangkan migrasi luar bandar ke bandar.

Justeru, beliau berkata, pihak berkaitan perlu merangka pelan bagi meningkatkan pembangunan di pekan itu memandangkan jarak perjalanan dari pusat bandar Bintulu dan kawasan perindustrian ke Sebauh kini dapat dipendekkan dengan adanya jaringan jalan raya yang semakin baik.

“Jadi, jika kita bekerja di Bintulu dan tidak mahu menyewa mahal di sana, kita boleh tinggal di Sebauh. Kita hanya mengambil masa setengah jam sahaja untuk ke Bintulu sekiranya jalan dalam keadaan baik.

Antara kontinjen yang mengambil bahagian dalam Perarakan JKKK sempena Pesta Sebauh di padang bola sepak BDA di Sebauh pada hari ini.

“Semakin baik jalan, semakin dekat kita nanti. Jadi, mari kita sama-sama berfikir bagaimana cara untuk memajukan Pekan Sebauh dan memperbanyak tempat tinggal yang lebih baik agar orang mahu tinggal di sini.

“Apabila projek-projek seperti tebingan, gereja, masjid dan stadium siap kelak, imej Pekan Sebauh akan berubah.

“Apabila jambatan juga siap, kita juga perlu memikirkan untuk membangunkan sebelah sana agar dapat mengubah kawasan sini sebab Sebauh ini adalah daerah penuh,” ujarnya.

Dr Rundi berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Sebauh dan Perarakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di padang bola sepak Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di Sebauh pada hari ini.

Dr Rundi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, berkata penduduk di kawasan Sebauh tidak perlu lagi menggunakan perkhidmatan feri untuk menyeberangi Sungai Kemena dengan siapnya projek pembinaan Jambatan Sebauh yang dijadualkan pada penghujung 2025.

Malah, beliau yakin dengan adanya jambatan itu nanti, kegiatan ekonomi di kawasan berkenaan akan bertambah rancak dan memberikan peluang kepada penduduk untuk memajukan tanah dengan pelbagai tanaman, dan pada masa sama memudahkan mereka untuk memasarkannya sama ada ke Sebauh atau Bintulu.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya