ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Institusi kewangan global, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak naik unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia kepada 4.4 peratus bagi tahun ini berbanding 4.3 peratus yang diunjur sebelum ini.

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 3.7 peratus pada 2023.

IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) terbaharunya bertajuk ‘Steady but slow, resilience amid divergence,’ juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.

Pada masa sama, IMF mengunjurkan lebihan akaun semasa Malaysia masing-masing pada 2.4 peratus dalam 2024 dan 2.7 peratus bagi 2025.

Pertumbuhan global pula diunjur mencecah 3.2 peratus bagi tahun lepas dan kekal pada tahap sama bagi 2024 dan 2025.

“Unjuran bagi 2024 dinaikkan sebanyak 0.1 mata peratusan daripada WEO Januari 2024 dan 0.3 peratus daripada tinjauan WEO untuk Oktober 2023,” katanya.

IMF berkata dari segi rekod, tahap pertumbuhan itu rendah susulan faktor jangka pendek seperti kos pinjaman yang masih tinggi dan penarikan balik sokongan fiskal selain kesan jangka panjang pandemik COVID-19 dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine; pertumbuhan produktiviti yang lemah dan peningkatan pemecahan geoekonomi.

Baca lain  Kerajaan Persekutuan mahu lebih penerbangan sewa khas ke Sarawak

Malah, dana kewangan itu menyifatkan risiko terhadap unjuran global sebagai seimbang secara meluas pada masa ini.

Memperincikan aliran penurunan, IMF berkata ini didorong oleh lonjakan harga baharu akibat ketegangan geopolitik yang memuncak, termasuk krisis di Ukraine dan Timur Tengah selain inflasi utama yang ketara dengan pasaran tenaga kerja kekal menguncup, jangkaan kenaikan kadar faedah dan penurunan harga aset.

Pemecahan geoekonomi pula dijangka meluas dengan kekangan ketara terhadap usaha mobiliti barangan, modal dan orang ramai yang hanya membuktikan penurunan dari segi bekalan.

Bagi aliran peningkatan, IMF berkata dasar fiskal yang lebih longgar daripada sewajarnya dan unjuran yang dijangkakan, berpotensi meningkatkan kegiatan ekonomi dalam jangka masa pendek selain memberi kesan terhadap pelarasan dasar pada masa akan datang.

“Inflasi berpotensi turun lebih pantas daripada dijangkakan, di tengah-tengah peningkatan susulan penyertaan tenaga kerja yang membolehkan bank-bank pusat melaksanakan dasar kelonggaran di masa depan,” katanya.

Selain itu, aspek kecerdasan buatan dan usaha pembaharuan struktur yang lebih kukuh daripada dijangkakan, juga mampu merangsang produktiviti.

Baca lain  Kuih bulan halal dapat permintaan

IMF turut mengunjurkan inflasi global susut, masing-masing kepada 5.9 peratus pada 2024 dan 4.5 peratus pada 2025 daripada purata tahunan 6.8 peratus pada 2023.

“Kalangan ekonomi maju diunjur kembali kepada sasaran inflasi jauh lebih awal berbanding kelompok pasaran sedang pesat membangun dan yang membangun,” katanya. — BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Isuzu D-Max 2024 kini di pasaran

KUCHING: Isuzu D-Max terbaharu kini di pasaran dengan penampilannya yang dipertingkatan, termasuk aliran udara untuk memastikan kecekapan aerodinamik, sekali gus menjadikannya lebih jimat bahan api.

Tarik pelancong bernilai tinggi

KUCHING: Menerusi Program SarawakMalaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) yang dimulakan sejak 2007. Setakat hari ini Sarawak meluluskan seramai 2,462 peserta melibatkan golongan rakyat atasan dan profesional dari beberapa negara maju.

BERITA TERBARU