ARTIKEL

PULANG… Antara warganegara Indonesia yang dihantar semula melalui ICQS Tebedu semalam.

Imigresen Sarawak hantar pulang 139 warga Indonesia melalui Tebedu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu menjadi titik akhir perjalanan 139 warga Indonesia sebelum mereka meneruskan perjalanan pulang ke negara asal melalui laluan darat, semalam.

Jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak berkata, pemindahan berkenaan dilaksanakan dari Depot Imigresen Semuja ke ICQS Tebedu bagi membolehkan kesemua warga Indonesia terbabit meneruskan urusan penghantaran pulang ke negara asal.

“Rombongan berkenaan terdiri daripada 111 lelaki dan 28 perempuan yang dipindahkan dalam satu urusan penghantaran pulang melalui laluan darat,” katanya dalam kenyataan.

PULANG… Antara warganegara Indonesia yang dihantar semula melalui ICQS Tebedu semalam.

Beliau menambah, bagi kesemua mereka, perjalanan dari Semuja ke Tebedu bukan sekadar perpindahan, sebaliknya menjadi langkah terakhir sebelum meninggalkan Sarawak dan kembali ke tanah air.

Menurut jurucakap itu, aspek keselamatan dan kawalan diberi keutamaan sepanjang perjalanan bagi memastikan urusan pemindahan berjalan lancar serta mengikut prosedur ditetapkan.

“Pemindahan berkenaan diketuai wakil Komandan Depot Imigresen Semuja, Shareena Mohamad Shuib bersama pasukan pegawai.

PULANG… Antara warganegara Indonesia yang dihantar semula melalui ICQS Tebedu semalam.

“Turut menyertai urusan berkenaan wakil Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI), Daniel Nugroho, Konsul/Sekretaris 2, bagi memastikan urusan penghantaran pulang warga Indonesia dapat diselaraskan dengan baik,” katanya.

Kerjasama antara JIM Sarawak dan KJRI turut membantu memastikan urusan perjalanan, keselamatan serta kawalan terhadap rombongan terbabit dilaksanakan secara teratur.

Setibanya di Tebedu, kata beliau, tumpuan beralih kepada urusan imigresen dan penyelarasan sebelum mereka meneruskan perjalanan merentasi sempadan ke Indonesia.

“Bagi 139 warga Indonesia terbabit, Tebedu menjadi titik akhir perjalanan mereka di Sarawak sebelum masing-masing meneruskan perjalanan menuju destinasi di tanah air.

“Keseluruhan urusan pemindahan berjalan dengan baik, selamat dan terkawal, selaras dengan prosedur ditetapkan JIM Sarawak bagi memastikan penghantaran pulang warga asing dilaksanakan secara teratur,” katanya.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan