ARTIKEL

Antara PATI yang ditahan dalam Ops Sapu sekitar Asajaya.

Imigresen tangkap 72 PATI dalam Ops Sapu sekitar Asajaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak telah menangkap 72 pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui operasi Ops Sapu yang dijalankan di sekitar Asajaya, Kota Samarahan semalam.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Sarawak, Abdul Halim Abang Naili, operasi yang dijalankan pada 2.45 pagi itu melibatkan seramai 30 pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak.

“Operasi ini dirancang hasil risikan terdapat warga negara asing yang disyaki bekerja tanpa pas yang sah, menyalahgunakan pas dan tinggal lebih masa di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Abdul Halim, kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada 55 lelaki dan 17 wanita warga negara Indonesia.

Katanya lagi, antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Halim berkata, operasi seperti ini juga akan dijalankan di seluruh Sarawak sepanjang tahun sebagai usaha mengekang kemasukan warga negara asing yang berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan atau permit kerja sah.

Beliau juga menyeru kepada orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung keberadaan warga asing yang disyaki tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau permit kerja yang sah di negeri ini.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)