ARTIKEL

Impak medsos dalam Pilpres 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PASANGAN Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka terus unggul dalam kiraan sebenar (real count) bagi keputusan Pemilihan Presiden (Pilpres) 2024 oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU).

Menurut media dalam talian Indonesia pada Sabtu mutakhir, progres daripada pungutan suara berdasarkan 619,579 daripada 823.236 lokasi mengundi (TPS) berjumlah 75.26 peratus kiraan, Prabowo-Gibran terus meraih 58.89 peratus sokongan.

Manakala, Anies-Muhaimin memungut 24.06 peratus dan Ganjar-Mahfud tercorot 17.05 peratus.

Hanya tinggal sekitar 25 peratus kiraan TPS belum dimuktamadkan bagi menjumlahkan hasil coblos melibatkan keseluruhan 204.8 juta pengundi yang berlangsung pada Rabu, 14 Februari itu.

Peraturan Pilpres menyebut, pemilihan layak menang jika pasangan calon memperoleh suara lebih 50 peratus daripada jumlah suara bagi calon presiden di setiap provinsi di Indonesia.

Menurut KPU pengiraan undi ulang Pemilu 2024 dilakukan di 1,747 TPS yang tersebar di 20 provinsi.

Melalui keputusan yang sudah termaktub, ternyata PrabowoGibran mendapat undian tinggi daripada pengundi yang berada di luar negara khususnya di Malaysia yang secara purata menunjukkan sokongan 75 peratus ke atas Prabowo-Gibran di lokasi mengundi di seluruh Malaysia.

TAHNIAH

Manakala, belum pun diisytiharkan rasmi menang Pilpres 2024, Prabowo-Gibran sudah menerima ucapan tahniah daripada banyak pemimpin negara luar.

Antara pemimpin yang menyampaikan ucapan tahniah kepada Prabowo ialah Perdana Menteri (PM) Australia Anthony Albanese, Timbalan PM Australia Richard Marles, PM Singapura Lee Hsien Loong dan PM Malaysia Anwar Ibrahim.

Pemimpin lain yang mengucapkan tahniah atas kemenangan Prabowo berdasarkan kiraan pantas ialah Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe, PM Albania Edi Rama, Presiden Timor Leste José Ramos-Horta, Sultan Brunei Hassanal Bolkiah dan mantan PM Thailand Thaksin Shinawatra.

Turut menyampaikan ucapan tahniah ialah mantan PM Britain Tony Blair, Menteri Luar Turki Hakan Fidan, dan Presiden Nikaragua Daniel Ortega.

Antara ucapan terhangat yang diterima oleh Probowo ialah ucapan daripada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan: “Pak Presiden terpilih, saudaraku, saya ingin memberikan selamat kepada yang mulia atas nama rakyat saya berkaitan pemilihan saudara sebagai Presiden Republik Indonesia,” ucap Erdogan dalam surat tersebut.

Berkaitan keputusan Pilpres 2024 yang masih berlangsung pengiraannya yang dibenarkan sehingga Mac 2024, menarik untuk direnungkan coretan Setiausaha Agong Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) Malaysia, Mohd Shukri Ishak semasa menyertai delegasi Hari Pers Nasional (HPN) di Jakarta.

“Sedikit coretan peribadi saya berkenaan Pilpres 2024 yang berlangsung pengundian pada 14 Februari,” mengutip tulisan Mohd Shukri yang percaya bahawa berdasarkan kiraan pantas (quick count) dalam beberapa Pilpres sebelum ini, keputusan kiraan pantas, 96 peratus tepat.

NARATIF PERUBAHAN

Mohd Shukri mengatakan, “media Indonesia dilihat membawa naratif perubahan dengan ‘menyokong’ calon presiden Anies Baswedan, yang dilihat pintar berpidato, dinamik, dilihat mempunyai visi dan misi, berkarisma dan karakter pemimpin berbanding calon-calon lain.”

Namun, menurut beliau, berdasarkan kiraan pantas, ternyata majoriti pengundi memilih Prabowo dan ternyata tidak dipengaruhi naratif yang cuba digambarkan oleh media utama.

Mohd Shukri melihat, semua orang suka muzik, dari belasan tahun (usia 17 tahun sudah layak mengundi di Indonesia), dan platform media sosial seperti Tiktok sangat popular di Indonesia, yang mencatatkan lebih 30 bilion netizen sehari.

Dikatakan pasukan PrabowoGibran menggunakan strategik santai, penggunaan lagu (oke gas oke gas), yang tersebar luas di media sosial, di tempat keramaian, tempat awam, pada acara sosial dan di tempat hiburan.

“Okey gas, okey gas, Prabowo Gibran paling pas!” Beredar lagu kempen dan joget viral di media sosial.

Bahkan, dalam banyak kempennya, Prabowo turut berjoget “gemoy” menarik perhatian pengundi.

Hal ini berbeza, kerana tidak lagi memerlukan naratif penceritaan panjang, artikel panjang berjela-jela di platform media tradisional untuk membawa naratif kempennya.

PENGARUH

Bagi beliau, media sosial mengalahkan media tradisional sehingga Prabowo juga mendapat sokongan ramai pempengaruh termasuk selebriti Raffi Ahmad atau Sule dan Andre yang memiliki jutaan pengikut di media sosial.

Melihat lanjut, Mohd Shukri berpendapat faktor Presiden Jokowi juga mempengaruhi pengundi memilih Prabowo – berdasarkan rakyat melihat Jokowi sebagai presiden yang sangat baik.

Manakala, naratif kempen Prabowo memperlihatkan Jokowi seolah-olah tidak dihormati dan “dibuli” pimpinan PDIP bawah Ketua Umumnya Megawati Sukarnoputri.

Malah, calon PDIP iaitu Ganjar Pranowo juga dilihat jika menang, beliau bakal dikawal sepenuhnya oleh Megawati.

Sehingga keputusan muktamad Pilpres 2024 diumumkan pada Mac, menarik untuk difikirkan tahap relevannya pengaruh media utama ke atas masyarakat.

Hal ini tidak menyangkuti perihal berkaitan politik sahaja, bahkan menyentuh bidang lain termasuk ekonomi, periklanan, hebahan sosial dan sebagainya.

Ketika politik menjadi keperluan dalam demokrasi, sementara media arus perdana termasuk akhbar dan majalah terbitan fizikal harian atau bulanan berdepan “musim gersang”, akan segera berakhirkah riwayat media utama ini?

Tampaknya, di dunia politik, selain pertemuan muka ke muka, pemujukan langsung dan kempen bertemu rakyat, media baharu khususnya media sosial ternyata ampuh memainkan peranan dan pengaruh baharunya.

BERITA LAIN

Tradisi Aidilfitri yang hilang

TIDAK dapat dinafikan semakin moden dan membangun sesebuah negara, maka semakin terkorban tradisinya. Malah semakin berkembang teknologi, maka semakin tersisih budaya yang pernah menjadi pegangan

Kosong-kosong

ESOK, umat Islam seluruh Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Maka berakhirlah perjuangan sebulan Ramadan. Syawal tiba sebagai hadiah kepada umat Islam yang berjaya menempuh

Lempar batu, sembunyi tangan

APAKAH yang mengecewakan anda sebagai rakyat Malaysia ketika ini? Adakah pertumbuhan ekonomi yang perlahan, pendapatan yang rendah, peningkatan inflasi atau kos sara hidup yang tinggi? Atau

Resolusi 2728

KETIKA Dewan Keselamatan PBB menyetujui resolusi menuntut gencatan senjata segera dikuat kuasa di Gaza, lebih 33,000 rakyat Palestin sudah pun terbunuh dengan hampir 76,000 cedera

Jangan mudah tergoda

TINGGAL beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pusat beli-belah kini menjadi tumpuan. Suasana juga begitu sibuk. Setiap tahun kita dapat lihat

Hidup ini keras

PADA pagi Rabu, saya menempah tukang bersih rumah yang diperkenalkan oleh sahabat. Seorang ibu tunggal berusia 34 tahun dan anak perempuan berusia 14 tahun. Apabila

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan