ARTIKEL

Impak positif khidmat terbaik – Fatimah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak akan berbincang dengan Society Community and East of Technology (SOCOE) untuk mempercepatkan proses perkhidmatan terhadap pelanggannya.

Menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, ia selaras dengan usaha Kerajaan Sarawak yang fokus kepada pembangunan digital.

“Ia dibahagikan kepada empat komponen utama yang fokus kepada kanak-kanak, pembangunan ekonomi, kebajikan sosial serta pengurusan bencana. Dengan adanya sistem ini, kita berharap perkhidmatan diberikan bertambah baik.

“Program ini bukan sahaja merangkumi ekonomi tetapi juga terhadap perkhidmatan untuk mencapai objektif ke arah keberkesanan, efektif, kecekapan dan menginsankan perkhidmatan tersebut,” katanya ketika mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan SOCOE di sini, semalam.

Fatimah berkata, pembiayaan dana dapat dicepatkan agar kumpulan sasar mendapat maklumat dan manfaat daripada perkhidmatan itu.

Beliau menambah, proses pembiayaan dana boleh dilakukan dan diakses oleh rakyat Sarawak sama ada di dalam atau luar negeri.

“Bagi individu yang biasanya menunggu sehingga lebih sebulan, program ini akan mempercepatkan proses iaitu selama dua hari.

“Ia boleh diakses di hujung jari. Hasil maklumat yang diperlukan dan maklum balas, pembiayaan dana boleh dipercepatkan iaitu dalam tempoh seminggu,” katanya.

Untuk itu jelasnya, kumpulan sasar perlu menghantar borang kepada Jabatan Pendaftaran untuk pendaftaran dan semakan oleh kementeriannya dan Jabatan Perbendaharaan Sarawak.

Kata Fatimah, pihaknya mahu melihat keberkesanan program itu agar dapat memberi impak positif kepada pembangunan di Sarawak.

BERITA LAIN

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap

BERITA TERBARU