ARTIKEL

Impak positif pembangunan infrastruktur Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peruntukan Belanjawan 2023 dilihat memberi impak positif khususnya dalam pembangunan infrastruktur kepada Sarawak, kata Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Menurutnya, jumlah peruntukan itu boleh disifatkan sebagai berita gembira buat warga Sarawak memandangkan ia telah menunjukkan peningkatan yang banyak berbanding peruntukan yang diberikan tahun lalu.

“Secara peribadi saya rasakan ia merupakan suatu peningkatan yang kita amat alu-alukan dan baik sekali.

LAWAT… Sharifah (kiri) melihat anak-anak pokok buah yang ditanam di Tatai Kumang Eco Park Petra Jaya, di Kuching, hari ini.

“Bersyukur kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peruntukan besar kepada Sarawak khususnya dalam pembangunan infrastruktur.

“Hal ini tentunya melibatkan perkara penting terutama dalam pembinaan jalan raya, bekalan elektrik, dan bekalan air memandangkan kita memerlukan lebih banyak dana untuk pembangunan terutamanya di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis perasmian Tatai Kumang Eco Park di Petra Jaya hari ini.

Secara keseluruhan katanya, bajet yang diberikan kepada Sarawak adalah baik selaras dengan hala tuju dan konsep Malaysia Madani diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Belanjawan 2023 menyaksikan Sarawak menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM5.6 bilion dengan pertambahan sebanyak RM200 juta berbanding RM5.4 bilion diumumkan pada Oktober tahun lalu.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit