IMPIAN penyanyi Amir Masdi untuk lancar album fizikal pertamanya berjudul Amir masdi akhirnya tercapai.
Biarpun terdapat platform digital, namun Amir lebih memilih untuk mengeluarkan single dalam bentuk fizikal kerana percaya ia mempunyai nilai sentimental buat peminat.
“Saya tahu zaman sekarang semuanya bergantung dengan dunia digital, tapi saya rasa masih ada peminat yang mahukan album berbentuk fizikal.
“Kalau kita tengok pada peminat, mereka sukakan benda yang ada nilai sentimental.
Untuk memiliki album fizikal ini salah satu matlamat bagi artis,” katanya memetik media tempatan.