ARTIKEL

Impian penerjun negara, Hanis Nazirul ke Sukan Olimpik Paris 2024 tertangguh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Sedikit terlewat. Pertukaran daripada acara platform ke papan anjal sejak akhir Mei lepas, mungkin menyebabkan impian penerjun lelaki negara Hanis Nazirul Jayasurya untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024, menjadi kelam.

Namun, keadaan itu tidak memadamkan semangat atlet berusia 22 tahun itu.

Sebaliknya Hanis berkata situasi itu menjadi peluang untuk dirinya menyahut cabaran baharu dan terus mengekalkan impiannya untuk layak ke Sukan Olimpik.

“Secara realistiknya, ia agak sukar untuk saya layak ke Paris 2024.

Namun perjalanan saya dalam sukan terjun masih jauh dan saya mahu layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028,” katanya ketika ditemui di Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2023, di sini.

Penerjun kelahiran Kuala Lumpur itu mengakui beliau masih memerlukan masa untuk sesuaikan diri dengan acara papan anjal, selepas bertanding dalam acara platform sejak tujuh tahun lepas.

Ketika ditanya mengapa beliau bertukar acara, Hanis Nazirul menyatakan kemahuannya untuk meneruskan legasi atlet berpengalaman – Ooi Tze Liang dan Muhammad Syafiq Puteh dalam acara papan anjal, jika mereka bersara pada masa hadapan.

“Sebab lain ialah bagi memberikan peluang kepada ‘junior’ saya di acara platform untuk naik, jika tidak mereka tidak akan maju ke depan,” katanya.

Pada ketika ini antara atlet terjun platform lelaki negara termasuklah Bertrand Rhodict Lises, yang telah pun layak ke Paris 2024 dan Enrique Maccartney Harold.

Sementara itu Hanis Nazirul menyatakan kesediaannya kepada idea untuk berpasangan dengan Wendy Ng Yan Yee dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama pada masa hadapan.

Perkara itu berkemungkinan selepas pasangan ‘bidan terjun’ itu muncul juara dalam acara 3m papan anjal seirama campuran, selepas mengumpulkan 262.80 mata, pada hari terakhir kejohanan itu yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Malaysia muncul juara keseluruhan pada kejohanan tiga hari dengan lima emas, tiga perak dan tiga gangsa, diikuti Sarawak (2-2-0) manakala Uzbekistan ketiga (2-1-1).
— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,