ARTIKEL

Inap desa di rumah panjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Penduduk di kawasan luar bandar berpeluang terlibat dengan aktiviti pelancongan termasuk menyediakan kemudahan inap desa khususnya di rumah panjang.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, beliau barubaru ini mengetuai pegawai kementeriannya berkunjung ke Rumah Engkabang Linggang dan Rumah Lampoh Dana, Sungai Mas.

Katanya, tujuan kunjungan adalah untuk mengadakan Program Taklimat Inap Desa MOTAC Bersama Komuniti, sekali gus berkongsi dan saling bertukar pandangan dalam usaha mengubah rumah panjang bagi memberi manfaat kepada mereka. 

“Selain menjadikan rumah panjang sebagai inap desa, mereka boleh mempromosikan budaya tradisional kepada pengembara yang berkunjung ke sini.

 “Sesungguhnya Sarawak kaya dengan adat dan budaya, kita harus rancakkan lagi promosi seterusnya dapat memberi limpahan ekonomi kepada penduduk luar bandar dan industri pelancongan Sarawak,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam

. Tambahnya, industri pelancongan terbukti menjadi antara penyumbang utama kepada pendapatan negara sejak lebih sedekad lalu. 

Menurutnya, dengan pemulihan ekonomi pelancongan global secara beransur-ansur, ia turut memberi impak kepada negara ini. 

“Justeru, saya menggesa agar rumah panjang segera didaftarkan untuk menyertai program inap desa ini. 

“Agensi di bawah MOTAC akan membantu apa-apa yang diperlukan termasuk menyediakan sumber dan bantuan yang berkaitan seperti geran dan khidmat nasihat sebagai usaha meningkatkan daya saing dan meneroka pasaran yang lebih besar,” ujarnya. 

Beliau berkata, rumah panjang yang berminat menyertai program tersebut perlu memastikan persekitaran keseluruhan tempat tinggal berada dalam keadaan bersih.

“Jika kebersihan persekitaran rumah panjang tidak memuaskan, pelancong pasti bimbang tentang kesihatan dan keselamatan mereka.

“Ia akan menjadikan mereka tidak berminat dan tidak mengesyorkan tempat kita kepada kenalan yang lain,” jelasnya.

Ketika ini, terdapat 689 pengusaha inap desa berdaftar dengan MOTAC di Sarawak.

Jumlah keseluruhan bilik inap desa pula sebanyak 1,481 bilik. 

Sehingga Ogos 2023, terdapat seramai 3,864 orang pelancong menginap di inap desa berdaftar dengan MOTAC, bersamaan dengan jumlah pendapatan sebanyak RM261,000.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim