ARTIKEL

Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada berlarutan membabitkan sebuah inap desa dua tingkat di Kampung Panglima Seman Lama, Kuching.

Inap desa dua tingkat tidak berpenghuni terbakar 80 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah inap desa dua tingkat jenis struktur separuh kekal yang terletak di Kampung Panglima Seman Lama di sini hampir terbakar sepenuhnya dalam insiden kebakaran, kira-kira jam 3.21 petang tadi.

Kebakaran yang tidak diketahui puncanya itu bagaimanapun berjaya dikawal oleh tindakan pantas pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dengan bantuan daripada BBP Padungan.

Keadaan rumah dua tingkat yang dijadikan inap desa itu selepas terbakar 80 peratus.

Pegawai Kanan Operasi, TPgB II (KUP) Hashim Ramelan, mengesahkan kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Pasukan pemadaman bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan dua aliran salur bantu sehingga terkawal pada jam 3.45 petang tadi di samping menggunakan sumber air terbuka dari sungai berhampiran.

“Setakat ini, cuma kerja-kerja baik pulih dan kawalan dilakukan,” katanya.

Kediaman tersebut sudah setahun lebih tidak berpenghuni di samping hanya dilawat pemiliknya secara berkala.

“Rumah tersebut tidak berpenghuni, dan setakat ini tiada sebarang kecederaan mangsa dilaporkan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Insiden itu menyebabkan kediaman berkeluasan 60×80 kaki persegi itu musnah kira-kira 80 peratus.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU