ARTIKEL

Inap Desa Suraya konsep budaya Bugis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MASYARAKAT Bugis di Sarawak sememangnya memiliki identiti tersendiri dari segi bahasa, adat, budaya, makanan, seni bina rumah dan lain-lain lagi. 

Bagi yang ingin mengenali dengan lebih dekat tentang budaya kaum Bugis Sarawak, berkunjunglah ke rumah inap Suraya Lariwoo di Kampung Iboi, Sadong Jaya. 

Sebagai inisiatif dalam mengekalkan rumah keluarga dan tradisi Bugis, pemilik rumah inap, Suraya Lariwoo, 51, berkata dia mula mengusahakannya sejak 2014. 

Menariknya, rumah inap di Sadong Jaya itu mendapat sambutan memberangsangkan dengan menerima ramai tetamu tempatan dan luar negara.

Terletak 75 kilometer dari pusat bandar raya Kuching, rumah utama itu berukuran 80 kaki panjang dan 40 kaki lebar, dengan tiang kayu belian, dibina pada 1971 mengikut seni bina tradisi masyarakat Bugis.

Menurutnya, idea mengubah kediaman tersebut menjadi rumah inap adalah untuk memelihara tradisi masyarakat Bugis di daerah Asajaya.

Lebih teruja, tetamu boleh mempelajari tradisi masyarakat Bugis kerana mereka menikmati makanan tradisional masyarakat.

Antara sajian tradisi orang Bugis yang wajib dinikmati ialah burasak iaitu makanan dihasilkan dari beras yang dimasak dengan santan, kemudian dibungkus menggunakan daun pisang sebelum direbus.

Baca lain  Tingkatkan KUALITI PENGUDARAAN di rumah

Menurut fakta, orang Bugis tiba di Johor dari Sulawesi, Indonesia dan bekerja sebagai petani, kemudian berpindah ke Kajang, Selangor, Kedah dan Perlis sebelum ke Sarikei, Sarawak.

Setakat ini, difahamkan terdapat 39 keluarga Bugis yang terdiri daripada lebih 200 orang di daerah Asajaya.

BERITA LAIN

Terus budaya baca al-Quran

SETIAP kali Ramadan, kita lihat ramai mengikuti kumpulan tadarus al-Quran sehingga berjaya khatam. Semangat ini sangat baik untuk diteruskan walaupun Ramadan berlalu. Firman Allah dalam

Yayasan Ikram Miri santuni asnaf

MEMBAWA semangat prihatin dan mengingati golongan memerlukan, Yayasan Ikram Miri melancarkan program sumbangan pek Ramadan bertujuan membantu murid daripada golongan asnaf. Melalui sumbangan tersebut, penerima

Pendarahan teruk apabila luka

Memandangkan hemofilia ialah penyakit sejak lahir dan biasanya diwarisi, ia dikatakan terjadi melalui gen atau baka ibu bapa yang mempunyai warisan genetik kromosom X. Oleh

Hemofilia perlu kesedaran awam

SAMBUTAN Hari Hemofilia pada 17 April setiap tahun dilakukan sejak 35 tahun lalu bermula pada 1989. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hemofilia ialah penyakit yang

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh