ARTIKEL

Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong menjawab pertanyaan para perwakilan pada Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan dan Majlis Dialog Bersama Timbalan Menteri Kewangan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban. | BERNAMA

Indeks Daya Saing Global: Negara di landasan tepat untuk berada di tangga ke-12 – Sim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran berada di tangga ke-12 teratas dunia bagi Indeks Daya Saing Global dalam tempoh 10 tahun seperti yang digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong berkata biarpun pembangunan ekonomi dunia agak perlahan ekoran beberapa isu namun negara mampu mencatat pencapaian pertumbuhan ekonomi pada kadar 4.2 peratus untuk separuh pertama tahun ini.

“Pada tahun lepas, kita berada di kedudukan ke-32 untuk Indeks Daya Saing Global.

Tahun ini, selepas enam bulan kerja keras, Kerajaan Perpaduan, penjawat awam, sektor swasta dan rakyat, kita berjaya tingkatkan ke tangga ke-27.

“Saya bercerita bukan sebab kita berpuas hati dengan pencapaian sekarang tetapi sebagai galakan dan motivasi bahawa negara berada di landasan yang betul.

“Negara pernah berada antara yang terhebat di dunia dari segi daya saing.

Justeru, sasaran kita mahu jadi 12 terbaik di seluruh dunia, bermakna kena setara dengan negara-negara membangun dan maju seperti China dan Singapura,” katanya pada Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan di sini hari ini.

Turut hadir Exco Kanan Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Sim berkata dalam masa dua bulan ini, selain kerangka Ekonomi MADANI, kerajaan juga telah melancarkan beberapa pelan lain termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) sekali gus dianggarkan membawa peluang perniagaan menjangkaui 1.58 trilion sehingga 2050.

Dalam pada itu, katanya aspek infrastruktur awam termasuk jalan raya, kemudahan hospital dan sekolah antara yang dibangkitkan kerajaan negeri supaya diberi tumpuan oleh kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2024 yang dijadual dibentangkan pada Oktober depan.

“Infrastruktur kalau di peringkat negeri, mereka ingin lihat jalan raya, kemudahan hospital dan sekolah yang baik.

“Sememangnya bermula daripada Bajet 2023, kita lihat fokus kerajaan pusat untuk memastikan kemudahan asas itu dalam keadaan terbaik,” katanya.

Sim berkata kerajaan juga akan membantu syarikat dengan memudah cara perniagaan mereka dan pada masa sama, membantu memperkasa kemahiran pekerja sekali gus mampu meningkatkan produktiviti.

“Pekerja dan majikan tidak dapat dipisahkan dan perlu diberi perhatian.

Majikan kena ada keuntungan dan menyediakan gaji yang lumayan kepada pekerja dan menawarkan pekerjaan lebih baik supaya bakat dan kemahiran tinggi itu tidak hilang kepada syarikat lain termasuk syarikat luar negara,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Kerajaan fokus selesai isu kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan terus melaksanakan dasar-dasar yang mampu mengangkat martabat rakyat, termasuk dalam menyelesaikan isu berkaitan kos sara hidup.

BERITA TERBARU

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.