NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Indeks import meningkat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Indeks nilai seunit import Malaysia menunjukkan trend positif bulan ke bulan dengan pertumbuhan 0.6 peratus kepada 128.7 mata pada Februari 2023 daripada 128.0 mata kepada Januari 2023.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam laporan Indeks Perdagangan Luar Negeri (2010=100) Februari 2023 berkata peningkatan dalam indeks nilai seunit import disumbangkan oleh kenaikan indeks alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (1.4 peratus), minyak galian (1.1 peratus) dan pelbagai barang keluaran kilang (0.3 peratus).

Ia berkata, indeks volum import bagaimanapun merosot 2.5 peratus berbanding bulan sebelumnya disebabkan penurunan indeks pelbagai barang keluaran kilang (16.2 peratus), barang-barang keluaran kilang (11.4 peratus) dan alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (9.7 peratus).

Indeks volum import pelarasan bermusim mengembang 10.9 peratus daripada 165.6 mata kepada 183.6 mata, katanya.

Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan indeks nilai seunit import bertambah 4.6 peratus manakala indeks volum melonjak 7.7 peratus.

Sementara itu, harga eksport Malaysia pada Februari 2023 menyusut 1.0 peratus daripada 142.7 mata pada bulan sebelumnya kepada 141.2 mata.

Baca lain  PKS tak berdaftar tercicir bantuan kerajaan

Menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, penurunan nilai seunit eksport adalah disebabkan penurunan dalam indeks minyak galian (3.6 peratus), minyak dan lemak binatang dan sayursayuran (2.7 peratus) dan alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (0.4 peratus).

Selain itu, indeks volum eksport meningkat 0.7 peratus pada bulan yang sama, selaras dengan kenaikan indeks barang-barang keluaran kilang (16.4 peratus), makanan (14.8 peratus) dan bahan kimia (6.9 peratus), kata Jabatan Perangkaan.

Indeks volum eksport pelarasan bermusim melonjak 11.7 peratus daripada 149.8 mata kepada 167.4.

Merujuk kepada perbandingan tahunan, indeks nilai seunit eksport naik 4.4 peratus manakala indeks volum meningkat 5.2 peratus.

Jabatan Perangkaan turut melaporkan terma perdagangan Malaysia menguncup 1.6 peratus bulan ke bulan kepada 109.7 mata pada Februari 2023, didorong oleh kejatuhan indeks minyak galian (4.6 peratus), minyak dan lemak binatang dan sayur-sayuran (4.0 peratus) dan alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (1.8 peratus).

Bagi perbandingan tahun ke tahun, terma perdagangan Malaysia menyusut 0.2 peratus daripada 109.9 mata pada Februari 2022. – Bernama

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru