ARTIKEL

Indeks Jenayah Sarawak hanya meningkat 1 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kadar jenayah indeks di Sarawak hanya menunjukkan peningkatan sebanyak 1 peratus bagi tempoh Januari sehingga pertengahan Disember tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, biarpun jumlah kes meningkat namun jenayah masih dalam keadaan terkawal dengan kadar penyelesaian kes hampir 100 peratus dapat dilaksanakan. 

“Jenayah Sarawak pada Januari hingga Disember 2023 meningkat 1 peratus sahaja namun penyelesaian kes dapat kita selesaikan 90 peratus setakat tempoh sama.

“Ia menunjukkan keadaan jenayah di Sarawak adalah terkawal dan usaha-usaha mengawal isu keselamatan diteruskan secara bersepadu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, di Wisma Bapa, hari ini.

Bercakap mengenai kunjungan hormat pertama beliau selaku Pesuruhjaya Polis Sarawak kepada Premier, Mancha menegaskan usaha tambah baik kawalan sempadan antara isu utama yang dibincangkan.

“Antara penekanan yang diberi perhatian ialah  perbincangan mengenai isu sempadan dari segi tambah baik aset, logistik merangkumi kawalan keselamatan sempadan, darat dan laut,” katanya.

Tambahnya, isu lain yang turut dibincangkan ialah mengenai keadaan semasa jenayah, narkotik, di samping isu keselamatan dan ketenteraman di Sarawak.

Untuk rekod, kadar jenayah indeks Sarawak merekodkan sejumlah 3,895 kes secara keseluruhan pada tahun 2022.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah