ARTIKEL

Indeks pembuatan naik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan Malaysia yang diselaraskan secara pelarasan bermusim meningkat kepada 48.8 pada Mac 2023 berbanding 48.4 pada Februari 2023, sekali gus membuktikan permintaan yang lebih baik dalam sektor pembuatan, menurut S&P Global.

Syarikat maklumat kewangan dan analisis itu dalam kenyataan hari ini berkata bacaan terkini menunjukkan keadaan perniagaan adalah perlahan, tetapi tidak begitu ketara sejak September lepas.

“Bacaan PMI terkini itu turut selaras dengan pengembangan yang teguh dalam pengeluaran pembuatan dan keluaran dalam negara kasar, dengan isyarat bahawa pertumbuhan telah meningkat sejak awal tahun ini,” katanya.

Ahli Ekonomi S&P Global Market Intelligence, Usamah Bhatti berkata walaupun pengambilan pesanan baharu terus sederhana, penurunan itu adalah paling perlahan direkodkan sejak Oktober lepas dan sederhana berikutan sebilangan syarikat dapat meraih jumlah pesanan baharu yang lebih besar.

“Bagaimanapun, jumlah pengeluaran terus dikurangkan, menandakan sektor itu masih mempunyai beberapa pendekatan sebelum permintaan pulih sepenuhnya,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Usamah berpandangan bahawa syarikat-syarikat akan didorong oleh penurunan selanjutnya bagi inflasi harga input.

“Tekanan inflasi masih tidak melebihi apa yang dilihat pada separuh kedua 2022, dengan bacaan terkini indeks pelarasan secara bermusim masing-masing berada pada paras terendah sejak Mei 2020.

“Tekanan kos yang lebih perlahan bererti kurangnya tekanan aliran meningkat pada harga jualan, yang secara umumnya tidak berubah pada sepanjang bulan, ”katanya.

Menurut S&P Global, pengilang Malaysia masih berharap agar keadaan permintaan akan kembali seperti biasa dalam masa 12 bulan akan datang, seperti yang ditunjukkan dari segi keyakinan berhubung pengeluaran pada masa depan untuk tempoh 21 bulan berturut-turut.

“Walaupun tahap keyakinan berkurangan kepada paras terendah dalam masa tiga bulan, situasi tersebut terus kukuh secara keseluruhannya dan melebihi purata,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

“Kalau tak siap, siap kau.” – Fadillah

KUCHING: “Kalau tak siap (projek), siap kau (kontraktor),” itu gurauan tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, kepada pihak kontraktor bagi Projek Pembangunan Lembangan

KOBIS Bhd memperkasa belia lonjak pendapatan

KUCHING: KOBIS Bhd, yang diketuai oleh pengerusinya, Zaiwin Kassim, dan ahli lembaga lain, mengunjungi Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kelmarin. Delegasi tersebut disambut oleh Pengarah

Pupuk ketelusan dalam amalan perolehan

KUALA LUMPUR: Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memupuk ketelusan, akauntabiliti dan standard

BERITA TERBARU

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Belematika pemesai reti turai sejarah Sarawak

SIBU: Pengerami ‘722 Run For Sarawak’ udah dikelala nyadi sebengkah pengerami ti besai reti nyerumba Hari Sarawak. Sapit Menteri Pengerai Mensia Mayuh, Pengawa Berumah enggau