ARTIKEL

Kredit: REUTERS/Stringer | BERNAMA

India bawa pulang jasad 45 mangsa kebakaran di Kuwait

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Kerajaan India pada Jumaat berkata ia telah membawa pulang jasad 45 pekerja negara itu yang terkorban dalam kebakaran di Kuwait, minggu ini.

“Sebuah pesawat khas IAF (Tentera Udara India) yang membawa jasad 45 mangsa warga India dalam insiden kebakaran di Kuwait telah berlepas ke Kochi (bandar selatan India),” kata Kedutaan India di Kuwait dalam hantaran di platform X, lapor Agensi Anadolu.

Sekurang-kurangnya 49 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada Rabu selepas kebakaran tercetus dari dua bangunan kediaman di bandar Mangaf di selatan Kuwait.

Mejar Jeneral Eid Rashid Al-Owaidan, Pengarah Bukti Forensik di Kementerian Dalam Negeri Kuwait berkata kebanyakan kematian disebabkan terhidu asap.

Menurut kedutaan 45 pekerja India terkorban dalam kebakaran berkenaan manakala 33 orang dimasukkan ke pelbagai hospital di negara Teluk itu.

Selepas insiden kebakaran itu, kerajaan India menghantar Timbalan Menteri Luar Kirti Vardhan Singh ke Kuwait untuk menguruskan “penghantaran pulang awal mayat serta bantuan perubatan kepada mereka yang cedera.”

Kedutaan juga menyatakan bahawa daripada 45 mangsa, kebanyakan mereka berasal dari negeri Kerala di selatan India.

Lebih 8 juta pekerja India dianggarkan bekerja di negara Teluk Arab, menurut data rasmi yang dibentangkan di parlimen India pada 2022. — BERNAMA

BERITA LAIN

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.