ARTIKEL

India bersetuju undurkan tentera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NEW DELHI: Kerajaan Maldives berkata pihaknya memperoleh jaminan daripada India mengenai penarikan balik tentera India dari negara itu seperti yang dikehendaki oleh rakyat Maldives.

Penarikan balik tentera India dari Maldives merupakan antara janji penting pilihan raya Presiden Mohamed Muizzu. Kerajaan beliau mendedahkan pada 19 November bahawa 77 anggota tentera India ditempatkan di negara itu, dua hari selepas Muizzu dilantik sebagai presiden.

Pada Ahad, Muizzu menyatakan mengenai jaminan kerajaan India untuk menghormati hasrat rakyat Maldives untuk menghentikan kehadiran tentera asing di negara itu,” menurut kenyataan kerajaan.

Muizzu bercakap mengenai isu itu pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana selepas pulang dari lawatan rasmi ke Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu.

Presiden menegaskan bahawa beliau terlibat dalam beberapa dialog yang berkesan dengan wakil kerajaan India, khususnya berkaitan penarikan balik anggota tentera India dari Maldives.

Daripada jumlah anggota tentera India itu di Maldives, 24 anggota tentera India terlibat dalam operasi helikopter, 25 lagi dalam operasi pesawat Dornier manakala 26 ditugaskan dalam operasi helikopter kedua dan dua anggota bertanggungjawab untuk kerja penyelenggaraan dan kejuruteraan pesawat itu, menurut kerajaan Maldives.

Muizzu dan Perdana Menteri India Narendra Modi bertemu di luar persidangan COP-28 di Dubai pada Jumaat dan bersetuju untuk menubuhkan kumpulan teras bagi menangani isu dua hala. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta