ARTIKEL

India catat penurunan kes COVID-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NEW DELHI: India menyaksikan penurunan kes COVID-19 hari ini, mencatat 127,510 jangkitan dan 2,795 kematian baharu dalam tempoh 24 jam lalu, kata Kementerian Kesihatan lapor Agensi Anadolu.

Menurut kementerian, jumlah korban kini mencecah 331,895 orang, manakala keseluruhan kes melebihi 28.1 juta.

India merekodkan peningkatan mendadak kes jangkitan dan kematian harian bulan lalu ketika negara bergelut dengan gelombang kedua pandemik.

Kes harian mencecah 400,000 dan kematian sebanyak 4,500.

Meskipun kes harian mula menunjukkan trend penurunan, program vaksinasi negara turut terjejas berikutan beberapa negeri melaporkan kekurangan stok vaksin.

Perdana Menteri, Narendra Modi, dikritik kerana gagal menangani gelombang kedua dan menyumbang vaksin kepada negara lain sedangkan rakyat India belum sepenuhnya divaksin.

Kerajaan kini berusaha mengimport vaksin dan berjanji 120 juta dos vaksin akan disediakan untuk pelancaran program vaksinasi COVID-19 kebangsaan pada Jun.

Angka kementerian menunjukkan India telah memberikan lebih 210 juta dos setakat ini. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

Parti Megawati sedia jadi pembangkang

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada Khamis lalu, memberi isyarat ia mengambil peranan sebagai parti pembangkang kepada kerajaan masa depan, ketika calon presiden Prabowo

Mesir tolak penempatan penduduk Palestin

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi pada Sabtu dengan tegas menolak sebarang penempatan warga Palestin ke negara itu, satu pendirian yang disokong oleh masyarakat antarabangsa,

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian