ARTIKEL

India hadkan eksport bawang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NEW DELHI: India mengehadkan eksport bawang dengan mengenakan harga eksport minimum sebanyak AS$800 satu tan.

Harga jualan minima itu berkuat kuasa pada Ahad dan dikekalkan sehingga hujung tahun 2023, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Pengguna.

“Langkah itu diambil untuk memastikan bekalan bawang yang mencukupi bagi pengguna domestik pada harga berpatutan berikutan kuantiti stok bawang daripada musim tanaman 2023 semakin berkurangan,” katanya.

Kerajaan juga memperoleh tambahan 200,000 tan bawang untuk meningkatkan stok penimbalnya. India mengenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang pada Ogos.

Harga bawang di wilayah Delhi meningkat sehingga 50 peratus sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Ia dijangka melonjak lebih 40 peratus bulan depan daripada paras semasa, menurut laporan media tempatan. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji

BISHKEK, Kyrgyzstan: Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin. Tragedi berlaku pada 1 petang waktu

Protes ulang tahun pemberontakan anti-Marcos

MANILA: Beratus-ratus penunjuk perasaan Filipina berarak melalui Manila pada Ahad, menandakan ulang tahun kebangkitan yang menggulingkan Ferdinand Marcos, sambil berikrar untuk menghalang anaknya daripada mengulangi

Dadah RM2.7b dalam kargo pisang dirampas

LONDON: Rampasan dadah berat terbesar di Britain menyaksikan narkotik dengan nilai jalanan £450 juta (RM2.7 bilion) dirampas dalam kargo pisang, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC)

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,