ARTIKEL

India hantar bantuan kemanusiaan ke Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: India menghantar bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin berikutan pertempuran terkini antara Israel dan Hamas, menurut Kementerian Luar India pada Ahad.

Pesawat Tentera Udara India yang membawa bekalan bantuan itu berlepas dari pangkalan udara Hindon, menuju ke lapangan terbang El-Arish Mesir.

“Pakej bantuan itu, termasuk bekalan perubatan dan barangan bantuan lain seperti khemah, beg tidur, kain, kit kebersihan diri dan tablet penulenan air,” menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia.

Pada 19 Okt, Perdana Menteri India Narendra Modi mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Dalam perbualan telefon itu Modi mengucapkan takziah atas kehilangan nyawa orang awam di Hospital Arab Al Ahli di Gaza.

Modi turut menyuarakan kebimbangan dengan keadaan keselamatan di rantau itu dan memberi jaminan India akan terus memberikan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

Sementara itu, Mahmoud menghargai sokongan dan pendirian India. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial