ARTIKEL

India keluarkan semula visa untuk Kanada

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NEW YORK: Kerajaan India mengeluarkan semula visa kepada warga Kanada selepas menggantung perkhidmatan itu sejak September, lapor Xinhua.

“Selepas meneliti semula situasi keselamatan dan mengambil kira langkah yang diambil Kanada baru-baru ini, pihak kami memutuskan untuk menyambung semula perkhidmatan visa kemasukan, perniagaan, perubatan dan persidangan.

“Keadaan itu terus dipantau Suruhanjaya Tinggi dan Konsulat Jeneral seperti yang sedang dilakukan pada masa ini.

Keputusan seterusnya bergantung kepada keadaan,” kata Suruhanjaya Tinggi India di Ottawa dalam satu kenyataan.

India menggantung pengeluaran visa itu susulan kes pembunuhan seorang warga Kanada yang didakwa pemisah Sikh.

Hubungan kedua-dua negara dingin selepas Perdana Menteri, Justin Trudeau menuduh Kerajaan India terbabit dalam kes itu.

Pada Oktober seramai 41 diplomat Kanada meninggalkan India atas permintaan New Delhi kerana bimbang wujud campur tangan dalam hal ehwal negara itu, lapor penyiar Kanada CBC. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji

BISHKEK, Kyrgyzstan: Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin. Tragedi berlaku pada 1 petang waktu

BERITA TERBARU

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan