ARTIKEL

This handout screen grab taken and received from the live feed of Indian Space Research Organisation (ISRO) website on September 2, 2023, shows the Aditya-L1 spacecraft take off from the Satish Dhawan Space Centre in Sriharikota, on a voyage to the center of the Sun. The latest mission in India's ambitious space programme blasted off September 2, on a voyage to the centre of the solar system, a week after the country's successful unmanned Moon landing. Aditya-L1 is carrying scientific instruments to observe the Sun's outermost layers, launching shortly before midday to begin its four-month journey. (Photo by ISRO / AFP) / XGTY / RESTRICTED TO EDITORIAL USE - MANDATORY CREDIT "AFP PHOTO /HANDOUT/Indian Space Research Organisation (ISRO)" - NO MARKETING NO ADVERTISING CAMPAIGNS - DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS

India lancar misi kaji matahari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Agensi angkasa lepas India pada Sabtu melancarkan kapal angkasa Aditya-L1 untuk mengkaji matahari.

Aditya-L1 seberat 1,480.7 kilogram berada sekitar 1.5 juta kilometer dari bumi, menghala ke arah matahari, iaitu kira-kira satu peratus daripada jarak bumi-matahari, menurut Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO).

Ia berlepas menggunakan roket dari pusat pelancaran di pulau Sriharikota di luar pantai tenggara negara itu.

“Matahari ialah sfera gas gergasi dan Aditya-L1 mengkaji atmosfera luar matahari,” menurut agensi angkasa lepas, sambil menjelaskan bahawa kapal angkasa itu tidak mendarat di matahari mahupun mendekatinya dengan lebih dekat. Perkataan Aditya bermaksud matahari dalam bahasa Hindi.

Misi solar pertama ISRO dilancarkan beberapa hari selepas India menjadi negara keempat yang berjaya mendaratkan kapal angkasa lepasnya di permukaan bulan selepas Rusia, Amerika Syarikat dan China.

Agensi angkasa lepas menjelaskan bahawa ia bakal mengkaji aktiviti suria dan kesan matahari terhadap cuaca angkasa.

Selepas mengembara selama 125 hari, kapal angkasa itu, yang membawa tujuh muatan, dijangka berada dalam orbit halo di sekitar titik Lagrangian L1.

Titik itu dianggap paling hampir dengan matahari dan kapal angkasa dijangka berlegar lebih lama bagi mengimbangi daya graviti dan penggunaan bahan api. – Bernama 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Meriahkan Kembara RIUH yang pertama di Sarawak

KUCHING: Ayuh beramai-ramai memeriahkan Kembara RIUH pertama di Sarawak, program  kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bagi RIUH OOHA! bertempat di Tempat Letak Kereta

J.K Rowling penulis bertaraf jutawan

MENGELUH itu perkara biasa. Tetapi jika asyik mengeluh, ia menunjukkan ada perkara yang tidak kena terhadap diri kita. Begitu juga apabila sering mengalami kegagalan dalam