ARTIKEL

India sambut kelahiran empat anak cheetah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: India menyambut kelahiran empat anak cheetah, lebih 70 tahun selepas haiwan itu diisytiharkan pupus secara rasmi di negara tersebut.

Mengutip Aljazeera, Menteri Alam Sekitar India, Bhupender Yadav menyifatkan khabar tersebut sebagai satu peristiwa bersejarah menerusi Twitter.

Manakala Perdana Menteri, Narendra Modi pula mengatakan ia satu berita yang mengembirakan.

Kesemua anak cheetah itu dilahirkan oleh seekor cheetah yang dibawa masuk dari Namibia pada September lalu.

“Hari ini cheetah telah kembali ke tanah India,” kata Modi dalam ucapan video selepas ketibaan cheetah itu pada September lalu.

Cheetah kedua dari Namibia juga dihantar tidak lama lagi, menurut laporan media India.

Pada bulan lalu, 12 lagi cheetah dibawa ke India dari Afrika Selatan.

Pengumuman anak Cheetah baharu itu dibuat hanya beberapa hari selepas seekor daripada lapan cheetah Namibia mati di Taman Negara Kuno, sebuah tempat perlindungan hidupan liar 320km di selatan New Delhi, akibat kegagalan buah pinggang.

India pernah menjadi kediaman kepada cheetah Asiatik tetapi diisytiharkan pupus di sana pada 1952.

Subspesies yang sangat terancam ini pernah berkeliaran di seluruh Timur Tengah, Asia Tengah dan India, kini hanya ditemui dalam jumlah yang sangat kecil, di Iran.

Cheetah pupus di India kerana kehilangan habitat selain diburu untuk kulitnya. 

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU