ARTIKEL

Len Talif membahaskan Usul Penghargaan kepada Mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada Persidangan DUN Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Individu nafi sumbangan Almarhum Tun Taib kepada pembangunan Sarawak dianggap tidak berperikemanusiaan – Len Talif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Individu yang menafikan sumbangan mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud adalah orang yang tidak berperikemanusiaan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata beliau bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh kesemua ADUN mengenai sumbangan mantan TYT tersebut, kecuali pendirian ADUN Padungan.

“Ini amat memalukan bagi seseorang yang berstatus dengan pendirian tersebut.

“Bagi individu yang menafikan sumbangan seseorang itu bukan sahaja buta mata malah buta hati kerana kebencian.

“Dibutakan dengan kebencian, berdiam diri mungkin pilihan yang terbaik dalam peraturan.

“Sikap demikian tidak mencerminkan nilai Asia tetapi belaskasihan terhadap orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Penghargaan kepada Mantan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri pada persidangan DUN Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Tambah Len, Tun Taib merupakan insan yang telah mendedikasikan lebih enam dekad hidupnya untuk berkhidmat kepada rakyat Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

Baca lain  Bertrand mengembara ‘serap’ ilmu terjun

Terdahulu, ADUN Padungan, Chong Chieng Jen yang juga Pengerusi DAP Sarawak, menyatakan beliau tidak akan menyokong usul berkenaan kerana curiga terhadap pentadbiran Tun Taib ketika menjadi Ketua Menteri.

Sementara itu, ADUN Batu Kitang, Lo Khere Chiang menyifatkan Almarhum Tun Pehin Abdul Taib Mahmud bukan sahaja sebagai peguam malah seorang pemimpin yang hebat dalam perancangan bandar.

Perkara tersebut dapat dilihat pada bulatan besar yang dibina di seluruh Sarawak dan merupakan perancangan almarhum.

“Saya masih ingat dahulu, beliau dikritik oleh ramai orang yang mendakwa membina bulatan besar yang menggunakan kawasan luas itu membazirkan wang.

“Tetapi, pada hari ini, dengan kesesakan lalu lintas dan keperluan melebarkan jalan raya, ia memudahkan kerja-kerja pembinaan kerana kawasan adalah luas untuk membina jejambat dan laluan bawah.

“Kita amat menghargai keistimewaan kawasan yang luas itu ekoran pembinaan bulatan yang besar itu dahulu,” katanya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU