Trending

Individu terdesak jadi sasaran sindikit keldai akaun

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BERBALOIKAH upah RM150 menyewakan kad ATM, namun akhirnya terpaksa ditangkap, direman dan dipenjara?

Sindiket penipuan kini semakin berani mencari mangsa keldai akaun secara terbuka untuk kegiatan jenayah mereka.

Biasanya, individu kesempitan wang atau golongan muda yang terdesak mendapat wang dengan cara mudah.

Kami menemui PEGUAM BELA Jenayah di Kuching, menjejak kes mangsa sindiket keldai akaun yang diuruskan oleh beliau, berkaitan kes yang didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan.

Menyifatkan mangsa sindiket akaun keldai sebagai vulnerable people atau orang terdesak, Peguam Bela tersebut berkata, taktik sindiket keldai akaun sangat licik mendapatkan mangsanya.

Digari ketika berpantang

Mereka ada sasaran tertentu seperti mencari mangsa yang mengalami masalah kesempitan kewangan.

“Sindiket ini sangat licik.

Beberapa tahun lalu, kes kedai akaun belum berleluasa dan kesedaran masyarakat ke atas modus operandi sindiket keldai akaun tiada, jadi agak sukar saya meyakinkan pihak mahkamah tentang kewujudan system sindiket tersebut,” ujar Peguam Bela tersebut.

Berbeza sekarang, kesedaran masyarakat tinggi dan informasi tentang sindiket ini banyak dikongsikan di media sosial. 

Peguam Bela itu berkata, kerajaan juga melaksanakan kempen kesedaran dengan klip pendek menerangkan tentang sindiket akaun bagi mengelak dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

KES PERTAMA Direman masa berpantang

“SALAH satu pengalaman mengendalikan kes keldai akaun adalah apabila saya mendapat panggilan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Dia menceritakan bahawa isterinya pada masa itu berada dalam reman,” kata Peguam Bela itu lagi.

Menurutnya, ketika itu, isterinya mangsa kes direman di lokap Miri dan direman di Kuching dan seterusnya beberapa buah negeri lain di Semenanjung Malaysia.

“Kes ini segar dalam ingatan kerana lelaki tersebut mengatakan isterinya baru sahaja melahirkan anak dan sepatutnya berehat untuk berpantang, namun pihak polis menahan isterinya untuk proses reman,” dedah Peguam Bela itu.

Dalam kes wanita tersebut, tertuduh dikenakan reman berantai.

 Ia berlaku apabila anda terpaksa dihantar untuk tujuan reman ke beberapa mahkamah lain.

Contohnya, kawasan jenayah tersebut berlaku di Pulau Pinang, kes tersebut mesti diuruskan dan didengar di Mahkamah Pulau Pinang serta diuruskan oleh Pegawai Penyiasat (IO) di Pulau Pinang.

“Bayangkan, kes tersebut berlaku di mana-mana negeri di seluruh Malaysia.

“Kes ini berlaku di Hospital Umum Sarawak (SGH), bayangkan isterinya yang hendak beranak dan mengalami komplikasi dan suami ulang-alik ke hospital untuk membeli barang keperluan bininya

. “Ketika menunggu isterinya, terdapat individu yang mencari mangsa yang saya gelar sebagai ulat (sindiket keldai akaun) yang menjanjikan jumlah upah tertentu dengan syarat perlu menyerahkan kad bank untuk digunakan individu yang tidak dikenali,” kongsi Peguam Bela itu lagi.

Dalam kes tersebut, suaminya dijanjikan bayaran RM150.

“Sudahlah isteri baru lepas beranak, malah digari dan ditahan polis. Kes ini benarbenar membuka mata saya.

“Dalam kes ini saya perlu ke Miri dan perlu ke beberapa tempat di Semenanjung Malaysia.”

KES KEDUA Direman berantai di beberapa tempat

SEMENTARA itu, Peguam bela yang temui itu juga berkongsi kes kedua daripada klien iaitu anaknya kena tahan reman kerana transaksi ditunjukkan dalam akaun pelaku dikatakan berada di pelbagai tempat dan perlu ke Mahkamah Shah Alam untuk reman.

“Anaknya dalam kes ini turut direman berantai iaitu perlu ke Pulau Pinang dan beberapa tempat di Sarawak dan saya tidak dapat mewakilinya mendengar kes di Semenanjung Malaysia kerana hanya peguam di sana dapat mendengar kes tersebut.

“Sepatutnya ibunya perlu bertindak awal semasa masih dalam tahanan reman di Kuching, perlu mencari peguam untuk mendapatkan nasihat guaman.

“Tetapi ibunya gagal berbuat demikian kerana hanya mengambil ringan dan berfikiran tidak akan ada apa-apa tentang kes berkenaan dengan memikirkan tiada apaapa berlaku,” kata Peguam Bela itu kepada pemberita.

Menurut beliau, pelbagai punca perkara itu berlaku dan salah satu yang menyebabkan mangsa terperangkap ialah ketagihan bermain judi secara online dan beliau menasihati orang ramai agar memantau apa-apa juga yang anak, suami dan keluarga anda lakukan.

“Jagalah kad betul-betul jika kehilangan cepat-cepat bertindak dan jangan ditangguh-tangguh.

“Jagalah kad anda betulbetul, kalau ada kehilangan kad buat laporan polis cepat-cepat.

“Jangan tangguh-tangguh sebab kes ini tidak akan menunggu kita.

“Pastikan kad ATM dalam bentuk fizikal berada pada kita,” nasihat Peguam Bela tersebut.

KES KETIGA Akaun diguna untuk scam

SEMENTARA kes di Sibu pula, jelas beliau kad ATM mangsa digunakan memasukkan duit untuk perniagaan kedai runcit.

Bagaimanapun, apabila disiasat semua barang dalam bil yang dinyatakan tidak wujud.

Apabila disemak balik bank tersebut tiada langsung berkaitan dengan kedai runcit.

Rupanya akaun tersebut digunakan untuk tujuan scam.

Peguam Bela itu menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya jika ada individu mahu meminjam atau menyewa kad ATM walaupun dijanjikan jumlah bayaran tertentu.

“Pokok pangkalnya kad ATM anda tidak boleh ada dengan orang lain kerana penghujungnya nama anda yang dituduh atas apa-apa kes jenayah yang dilakukan oleh sindiket.

Mangsa sindiket keldai akaun yang biasa kena ialah orang awam, pekerja makan gaji, tiada ilmu, orang miskin, orang yang senang ditipu dan dipergunakan.

Pastikan kad ATM fizikal ada pada kita sebagai pemilik yang sah untuk mengelak sindiket tidak sewenang-wenang memanipulasi kad ATM untuk aktiviti jenayah.

Selain itu, beliau turut mengingatkan keluarga mangsa yang didakwa atas kesalahan jenayah keldai akaun agar tampil mendapatkan nasihat guaman.

Pesan Peguam Bela tersebut, jangan hanya berdiam diri, kerana berdiam diri tidak mampu menyelesaikan masalah.

Bagi yang tidak mampu, tertuduh boleh mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan guaman Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) secara percuma.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru