ARTIKEL

Indonesia akan manfaatkan kelebihan demografi, kepercayaan global – Jokowi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo berkata negara itu boleh berkembang menjadi antara lima ekonomi terbesar dunia menjelang 2045 dengan memanfaatkan kelebihan demografi dan kepercayaan antarabangsanya.

“Kita perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin.

Jika kita terlepas, ia boleh menjadi satu kerugian besar kerana tidak semua negara mempunyai peluang ini, dan ia mungkin tidak akan datang lagi,” katanya dalam ucapan tahunannya ketika Perhimpunan Perundingan Rakyat dan Parlimen di sini hari ini.

Pemimpin yang mesra dipanggil Jokowi itu berkata faktor demografi yang memuncak pada 2030-an, di mana 68 peratus penduduk bekerja, merupakan faktor utama dalam meningkatkan produktiviti negara.

Beliau menekankan kepentingan negara-negara lain mempercayai Indonesia dalam hubungan global, menyatakan bahawa ia meningkatkan kredibiliti dan rasa hormat, serta membawa kepada suara global yang lebih kukuh dan rundingan yang lebih mudah.

Peranan Indonesia dalam organisasi seperti G20 dan ASEAN, komitmennya terhadap hak asasi manusia, dan kejayaannya dalam menangani cabaran global telah meningkatkan kedudukan globalnya, katanya.

Jokowi menekankan bahawa negara sedang giat membangunkan sektor ekonomi baharu bagi mewujudkan peluang pekerjaan terutama dalam ekonomi hijau dan industri hiliran.

Menjelang pilihan raya presiden yang akan datang pada Februari 2024, beliau menekankan: “Masa depan Indonesia banyak bergantung kepada kepimpinan baharu.”

Pemimpin itu juga menjelaskan bahawa beliau tidak mengetuai mana-mana parti politik atau gabungan, oleh itu beliau tidak dapat mengawal pemilihan calon presiden dan naib presiden.

Menyentuh mengenai kempen politik di media sosial, Jokowi menyuarakan rasa dukacita terhadap “pencemaran budaya” akibat kemerosotan kesantunan sosial dan nilai moral.

Beliau menegaskan perlunya semua pihak bersatu dalam memelihara moral masyarakat dan menyokong kemajuan negara. -BERNAMA

BERITA LAIN

Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama

BEIJING, China: Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa lepas, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA). Tiga

Ireland secara rasmi iktiraf Negara Palestin

DUBLIN: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung

Jepun mahu tubuhkan organisasi siasat kejadian UFO

TOKYO: Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau

BERITA TERBARU

Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama

BEIJING, China: Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa lepas, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA). Tiga

Khairul Aming, Sofyank bawa isu Palestin

PEMPENGARUH terkenal, Khairul Aming, bekerjasama dengan Sofyank bagi menghasilkan sebuah video infografik tentang situasi yang berlaku di Rafah dan Jabalia pada ketika ini. Menurut Khairul,