Trending

Indonesia anjur latihan tentera laut pelbagai Hala Komondo bersama 36 negara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

JAKARTA: Indonesia menganjurkan ‘Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo’ (MNEK) bersama 36 negara lain termasuk Amerika Syarikat, China, Rusia dan Malaysia.

MNEK merupakan latihan bukan perang bertujuan mengukuhkan kerjasama maritim di kawasan serantau dengan negara-negara sahabat, menurut Tentera Laut Indonesia (TNI AL) dalam satu kenyataan.

Bertempat di Pelabuhan Soekarno Hatta, Makassar, Sulawesi Selatan, para peserta melaksanakan latihan pengurusan bencana serta operasi kemanusiaan.

Latihan selama empat hari sehingga Khamis yang bertemakan ‘Partnership To Recover And To Rise Stronger’ dirasmikan Panglima Tentera Indonesia Laksamana Yudo Margono semalam.

Kegiatan lain termasuk Ice Breaking, kajian Armada antarabangsa, Simposium Keselamatan Maritim Antarabangsa, lawatan, perarakan bandar, Fun Bike, Admiral Lunch, mesyuarat dua hala, jamuan makan malam, pameran Maritim dan makan malam Gala.

MNEK 2023 memasuki siri keempat, tertunda akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Ia pertama kali dilaksanakan pada 2014 di Batam, Kepulauan Riau; Padang, Sumatera Barat pada 2016; dan Lombok, Nusa Tenggara Barat pada 2018. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru