Trending

Indonesia catatkan lonjakan pelancong Malaysia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
LABUAN, Nov 12 -- Indonesian Ambassador to Malaysia Datuk Hermono (centre) with a group of Indonesian Consulate General after an interview with Bernama journalist at Tiara Hotel Labuan here. --fotoBERNAMA (2023) COPYRIGHTS RESERVED

LABUAN: Kerjasama ekonomi antara Indonesia dan Malaysia terus berkembang, melambangkan hubungan dua hala yang kukuh dengan ketara, kata Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono. Beliau berkata, nilai perdagangan dua hala antara Indonesia dan Malaysia pada 2022 berjumlah AS$28.5 bilion.

Bagaimanapun, Hermono berkata, beliau bimbang angka ini mungkin merosot dengan ketara sebanyak 20 hingga 30 peratus disebabkan kejatuhan harga komoditi yang ketara, terutamanya arang batu, eksport terbesar Indonesia ke Malaysia, diikuti minyak sawit mentah.

“Kami menjangka pengurangan kira-kira AS$7 bilion dari segi nilai perdagangan dengan Malaysia pada tahun ini.

“Sehingga September 2023, nilai perdagangan yang dicatatkan sebanyak AS$17.5 bilion dan dianggarkan untuk mencecah kirakira AS$22 bilion pada akhir tahun,” katanya selepas Mesyuarat Agung Konsulat Indonesia di Tiara Hotel Labuan, semalam.

Beliau berkata, walaupun terdapat cabaran dalam sektor perdagangan, industri pelancongan dilihat berkembang maju.

“Malaysia mendahului dari segi jumlah pengunjung ke Indonesia, mengatasi China, India dan Singapura.

“Selepas COVID-19, Indonesia mencatatkan lonjakan pelancong Malaysia, mencecah kira-kira 700,000, sama seperti jumlah pelancong Indonesia yang melawat Malaysia.

“Sebelum pandemik, Malaysia menyumbang kira-kira 2.5 juta pelancong ke Indonesia setahun,” katanya.

Hermono menekankan perkembangan positif dalam landskap ekonomi, merujuk perpindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Nusantara di Kalimantan Timur.

Beliau berkata, perpindahan itu dijangka memacu limpahan ekonomi ke Sabah dan Sarawak apabila lokasi ibu negara dipindahkan.

“Pada masa ini, projek pembangunan yang sedang dijalankan di Nusantara menyediakan peluang perniagaan baharu kepada pelabur Malaysia dalam pelbagai projek pembinaan seperti hotel, hospital dan kemudahan sokongan, antara lainnya,” katanya. – Bernama

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru