ARTIKEL

Indonesia iktiraf pengalaman, kepakaran Sarawak dalam industri tenaga boleh diperbaharui 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pengalaman dan kepakaran Sarawak dalam industri tenaga boleh diperbaharui kini diiktiraf oleh Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi), kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Berikutan kelebihan tersebut, katanya Jokowi berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak ekoran kepakaran dan pengalaman yang dimiliki Sarawak dalam penjanaan tenaga bersih.

Menurutnya, tiga minggu lalu, beliau telah dijemput oleh Jokowi untuk meneruskan usaha bersama-sama dengan Indonesia untuk membina empangan tenaga yang boleh diperbaharui di Kalimantan Utara.

“Jokowi berkata kepada saya bahawa Sarawak mempunyai pengalaman dan perlu membantu negara Indonesia. 

Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menyampaikan hadiah penghargaan khas kepada Amnah Ayup, mantan johan qariah tilawah al-quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Maka, sebagai seorang Islam yang memimpin Sarawak, kita akan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan kita di Indonesia. Ini telah diiktirafkan oleh Presiden Jokowi sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Kali Ke- 62 1444H/2023M di Dewan Suarah, Bintulu, malam tadi.

Hadir sama, Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Speaker Dewan Undangan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dan Datuk Fatimah Mohd Iskandar, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utili) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha hadir sama.

Sementara itu, beliau berkata usaha Sarawak dalam perniagaan karbon turut mendapat pengiktirafan daripada pakar-pakar negara luar sekali gus menjadikan Sarawak rantau pertama yang menguasai ilmu karbon.

Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana memberkati Sarawak dengan sumber yang banyak yang boleh menjadi nilai tambah untuk menjana pendapatan bagi wilayah itu.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menyampaikan hadiah penghargaan khas kepada mantan pemenang tilawah dan hafazan Al-Quran antarabangsa dan kebangsaan iaitu Dato’ Ismawi Duet, Awangku Omar Asfuaddin Awang Hamdan, Muhammad Izzat Mukhali, Mohamed Trang  Issa, Amnah Ayup, Roziah Ayub,  Ramlah Planchor dan Nurul Izzah Mukhali.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup