Trending

Indonesia mahu bekerjasama dengan China demi kesejahteraan, kestabilan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

JAKARTA: Indonesia menjangkakan kerjasamanya dengan China terus membangun dan membawa kemakmuran, kestabilan dan peluang kepada rakyat kedua-dua negara, lapor agensi berita ANTARA.

“Semoga perkongsian kami terus berkembang dan membawa kemakmuran, kestabilan, dan peluang kepada rakyat Indonesia dan China,” kata Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto pada majlis sambutan Ulang Tahun Ke-74 Penubuhan Republik Rakyat China di sini pada Rabu.

Hartarto menekankan bahawa kerjasama ekonomi antara Indonesia dan China adalah penting, dan kedua-duanya telah menjalin hubungan dua hala sejak sekian lama.

China adalah antara rakan perdagangan dan pelaburan terbesar Indonesia, katanya.

Pada 2022, nilai pelaburan China di Indonesia mencecah US$8.2 bilion dan merupakan yang kedua tertinggi di Indonesia.

Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara pada tahun itu juga telah mencapai paras tertinggi sepanjang masa sebanyak US$133 bilion, peningkatan lebih 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Hartarto juga menekankan kepentingan membina hubungan yang kukuh dan berkekalan antara kedua-dua negara.

Selain itu, Perkongsian Strategik Komprehensif Indonesia-China, yang telah berjalan selama 10 tahun, telah membawa manfaat yang besar kepada kedua-dua negara.

Kerjasama dua hala antara kedua-duanya terus berkembang dalam bidang pembangunan infrastruktur, industri hijau, dan ekonomi digital.

“Sebagai bentuk komitmen kami terhadap ekonomi digital, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa saya dan menteri perdagangan China baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk kerjasama dalam bidang ekonomi digital dan e-dagang,” kata Hartarto.

MoU itu berfungsi sebagai asas kerjasama dalam mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan (AI), meningkatkan peredaran komersial, mengoptimumkan sistem pengangkutan, mengukuhkan kewangan digital dan memajukan perkhidmatan kesihatan digital. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

10 pendaki masih lesap

AGAM: Beratus-ratus penyelamat Indonesia bergegas untuk mencari 10 pendaki yang

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru