ARTIKEL

Pengarah Kerjasama Politik dan Keselamatan ASEAN Rolliansyah Soemirat Kredit: Indonesia's foreign affairs ministry | BERNAMA

Indonesia sasar segerakan rundingan COC Laut China Selatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Indonesia merancang menjadi tuan rumah pusingan rundingan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan menjelang akhir tahun ini, bagi menyegerakan proses yang sedang berjalan, menurut Kementerian Luar.

Selaku Pengerusi ASEAN, Indonesia menjadi tuan rumah rundingan COC antara ASEAN dan China pada Mac, dengan semua pihak turut bersetuju dengan inisiatif negara itu untuk menyegerakan proses rundingan.

“Inisiatif Indonesia dalam bentuk Garis Panduan boleh berperanan sebagai cadangan praktikal yang juga meliputi bahan substantif untuk memastikan keberkesanan COC dan tindakan yang boleh dilaksanakan,” kata Pengarah Kerjasama Politik dan Keselamatan ASEAN Rolliansyah Soemirat dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Garis panduan ini meringkaskan aspirasi ASEAN-China untuk memuktamadkan COC dalam tempoh tiga tahun atau kurang melalui perbincangan intensif mengenai isu yang belum selesai dan kaedah kerja lain yang dicadangkan.

“Memandangkan elemen yang rumit dalam COC, pihak terbabit sangat berhati-hati dan oleh itu  kemajuan diperlukan untuk mempercepat proses itu,” katanya.

COC dijangka mencerminkan norma, prinsip dan peraturan antarabangsa yang sejajar. dan merujuk kepada undang-undang antarabangsa, terutama UNCLOS, untuk menjadikan Laut China Selatan sebagai lautan yang stabil, selamat dan damai.

Pada masa ini, Indonesia terus menyokong langkah meningkatkan keyakinan dan pengurangan ketegangan dalam mempromosi kemakmuran di rantau ini, selain memastikan pemusatan ASEAN dalam isu Laut China Selatan.

Setakat ini, COC telah menyelesaikan bacaan kedua atau perbincangan dalam rundingan pusingan kedua, kata kenyataan itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU